I'm still searching...still hoping and praying that my on-going journey will lead me to the final destination; Jannah.
Wednesday, March 31, 2010
Kembara dakwah ke Bumi Kenyalang
Friday, March 12, 2010
Alhamdulillah
Dan saya terfikir..mungkin Allah nak beri peluang untuk saya berdoa..Dan malam itu doa saya kpd Allah dengan bersungguh2, dengan kerendahan hati kpd Allah, meminta kerana Allah berkata bahawa diriNya dekat kepada kita lebih dari urat leher kita sendiri..Rakan2 saya di Perlis,Selangor,Kedah dan semuanya mendoakan saya utk mendapat result terbaik lebih dari result mereka yang mantap2 belaka..
"Ya Allah, kau kurniakan aku result terbaik di sisiMu walaupun bukan di sisi manusia Ya Allah.. Jika bukan demiku berikanlah result yg terbaik demi ibuku, ayahku, dan guruku yang banyak berkorban dan bekerja dengan Ikhlas di jalan Mu Ya Allah..sesungguhnya Engkau maha mendengar dan memakbulkan doa hamba Mu"
"Ya Allah, jika aku berjaya Ya Allah, ini bukanlah usahaku semata ya Allah. Ini adalah apa yang engkau tetapkan. Kau izinkan tanganku untuk menulis, kau ilhamkan otakku untuk berfikir malah berikan aku kudrat utk hidup dan aku ini milikMu ya Allah. Jadi aku tiada kene mengena sedikitpun dengan result yang akan Kau berikan kerana ini adalah kejayaanMu ya Allah"
Umi berpesan..
"Apa pun result kamu, kamu kene terima apa yang Allah nak bagi. Kita sebagai hamba kena menerima dengan redha apa yang Allah tetapkan. Allah tu maha bijaksana mengatur segala2nya jangan pertikaikan keputusan Allah. Kalau kamu menangis kerana result, lihat balik iman kamu. Kamu belajar kerana Allah atau peperiksaan?
Dan waktu ditunggu2 pun tiba..Bismillah...dan
"Asma, kamu dapat 10A!! tahniah!!"
"doa merupakan senjata mukmin yang tak pernak tersasar dari sasarannya...."
Terima Kasih tidah terhingga kepada Mualim dan Mualimah dan semua warga Hidayah yang mengajar saya..
Tahniah juga kepada rakan2 yang berjaya dengan cemerlang..Jadi jangan terus putus harapan dengan Allah..bersangka baik dan terus berdoa, berdoa, dan berdoa..kita hanya hamba dan layaklah untuk meminta pencipta kita atas semuanya.. Aku bersyukur dan redha...tetapi ujian ini juga besar, hati selalu diingatkan ini semua kejayaan umat islam dan Allah..dan setiap ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah..
TERIMA KASIH YA ALLAH!!!!
Sunday, February 7, 2010
Palestin..semangat jihad kami masih hidup!!
Monday, January 11, 2010
My dad and mum..
Formula baru ‘terapi sikap’
utusanperak@utusan.com.my
![]() |
DR. ARIFFAIZAL Mohd. Nor Ariffin dan isterinya, Dr. Aishah Arridza Mukhlas menunjukkan sebahagian formula rawatan alternatif di Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy di Taman Rapat Setia Baru, baru-baru ini. |
IPOH 3 Nov. – Setiap penyakit dan sikap seseorang itu mempunyai kaitan antara satu sama lain kerana keduanya saling mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang itu akan menunjukkan sikap negatif tertentu sekiranya ada organ yang bermasalah dan begitu juga sebaliknya.
Itulah falsafah ‘terapi sikap’ iaitu formula baru rawatan alternatif diperkenalkan oleh Prof. Dr. Ariffaizal Mohd. Nor Ariffin yang berpengalaman kira-kira 10 tahun dalam bidang tersebut.
Ariffaizal berkata, kaedah tersebut merupakan rawatan secara holistik kerana turut merangkumi aspek mental serta spiritual pesakit dan tidak melihat tubuh manusia daripada aspek fizikal semata-mata.
‘‘Menerusi terapi sikap, pesakit tidak hanya diberikan ubat tetapi turut diberikan kaunseling untuk mengubah sikap negatif mereka bagi membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit.
‘‘Ini merupakan kaedah rawatan dalaman dan ia boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lemah tenaga batin,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy di sini baru-baru ini.
Beliau yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang rawatan alternatif Terapi Gelombang Warna bergiat aktif sebagai saintis dalam penyelidikan perubatan alternatif sejak 1999.
Menurut pakar terapi gelombang itu, pengetahuannya terhadap punca penyakit banyak membantu dalam merawat pesakit menggunakan kaedah ini.
Katanya, setiap organ mempunyai falsafahnya sendiri dan ia mempunyai pertalian dengan sikap seseorang individu.
‘‘Saya boleh mengetahui seseorang itu menghidap penyakit apa dengan mengetahui sikap-sikap negatifnya. Saya juga boleh mengetahui sikap seseorang dengan mengetahui penyakit dihidapinya,” katanya.
Kaedah tersebut katanya, sebenarnya dikembangkan daripada teknik rawatan Terapi Gelombang Warna yang popular di kalangan pengamal perubatan lain di seluruh dunia.
Cuma bezanya, teknik tersebut melihat punca dan merawat penyakit dari sudut yang lebih luas dan secara menyeluruh.
‘‘Ini merupakan rawatan perubatan alternatif terbaru yang saya perkenalkan dan tidak ramai yang boleh menghuraikan sifat-sifat setiap organ dengan menyeluruh seperti saya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ariffaizal berkata, kaedah tersebut diguna pakai selepas beliau mengesan penyakit seseorang pesakit dengan teknik kinesiologi dan gelombang warna.
![]() |
|
‘‘Daripada teknik ini, saya dapat tahu organ mana yang lemah dan punca kepada penyakit yang dihadapi pesakit.
‘‘Ini merupakan rahsia rawatan alternatif boleh merawat sesuatu penyakit dengan mudah terutamanya penyakit kronik kerana ia merawat penyakit dari puncanya.
‘‘Sel-sel memerlukan tenaga untuk mengambil nutrisi dan hanya gelombang yang dapat memberikan sel tenaga,” kata beliau yang begitu mesra dengan setiap pesakitnya.
Menurut Ariffaizal, setakat ini, sudah ramai pesakit kronik termasuk yang terlantar di rumah sudah berjaya disembuhkan menerusi kaedah yang digunakannya itu.
Menarik mengenai Ariffaizal ialah beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan mampu meyakinkan orang ramai dengan huraiannya terhadap setiap persoalan yang dibangkitkan.
Selain menerima kedatangan pesakit di premis perniagaannya yang dibuka 24 jam setiap hari, beliau turut membantu merawat pesakit secara dalam talian tanpa perlu bersemuka.
Ariffaizal berkata, setakat ini, beliau sudah merawat ramai pesakit menerusi Internet termasuk dari Ireland, Jepun, Mesir serta Singapura.
Salah seorang pelanggannya, Siti Syawali Ibrahim, 30, dari Kluang, Johor berkata, dia hanya berhubung dengan Ariffaizal menerusi Internet selepas secara tidak sengaja terjumpa laman web beliau.
Katanya, hatinya terus terpaut pada laman web tersebut selepas mendapati Ariffaizal tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan sentiasa mempunyai jawapan kepada apa jua soalan yang ditanya.
‘‘Hari ini baru saya datang untuk berjumpa dengan doktor kerana hendak tahu macam mana beliau berjaya menyembuhkan penyakit kencing manis dan lutut emak saya yang patah dalam tempoh empat bulan sahaja,” katanya.
Seorang lagi pesakit, Shairul Latif Salehudin, 32, berkata, dia mula mengamalkan pengambilan ubatan dan petua yang diberikan oleh Ariffaizal sejak tiga tahun lalu.
‘‘Alhamdulillah, ubat-ubat yang diberikan oleh Ariffaizal boleh menghilangkan tekanan dan anak saya juga tidak lagi mengalami masalah resdung yang teruk,” katanya yang kini mula mempelajari rawatan alternatif dengan Ariffaizal.
Shairul berkata, ‘ubat’ atau formula tersebut juga tidak mahal dan mampu bertahan lama berbanding ubat moden.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh berkunjung ke Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy di alamat No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh atau menghubungi beliau di talian 012-4008972 atau 05-3115859.
Ariffaizal juga boleh dihubungi menerusi laman web http://www.rawatankesihatan.com atau boleh menambah alamat emel beliau ariffaizal6@yahoo.com sebagai kenalan Yahoo Messenger.
Wednesday, December 30, 2009
Panggilan Ilahi

Tetapi bukan kucing yang saya ingin bicarakan di sini tetapi sebaliknya. Cuba lihat kucing di atas.. Sangat comel dan seperti menunggu arahan.. Sungguh comel sekali..kawaiii!!! (maaf tidak dapat mengawal emosi)
Dan ceritanya bermula di sini...
"Kak Uda.. tadi Usu panggil kucing Usu pastu die datang.."
Saya pelik... mimpi ke adik saya ni? Biler maser die ade kucing. Bukan Umi dah buang kat pasar ke (yang dikutip kembali oleh abang saya yang juga kaki kucing). Saya buat endah tak endah sahaja..
"Kak Uda! Kak Uda dengar tak ni?"
"Alah...bukan tu kucing rumah belakang ke? Bukannye kucing Usu pun.."
"Kak Uda!! Itu kucing Usu tau.. Usu panggil die dan die datang.. Kak Uda tahu tak perasaan tuan kucing tu biler panggil kucing die and die datang.. Bahagia tau tak.."
Saya terdiam.. Merenung wajah adik saya yang bersinar-sinar itu.
Saya terfikir..
Beginikah gembiranya Allah bila hambaNya yang diciptakan menunaikan Solat ketika sudah tiba waktu solat.
Beginikah gembiranya Allah melihat hambanya sujud kepadaNya.
Beginikah gembiranya Allah apabila melihat hamba-hamba yang diciptakanNya mengikut segala syariat dan undang2 yang ditetapkannya demi kemaslahatan hambanya juga.
Jawapannya mestilah ya dan lebih lagi. Perasaan Sayang Allah kepada makhlukNya tidak dapat ditandingi oleh sebarang satu makhluk pun yang diciptakan Allah.
Kerana??
Allahlah Rabb dan dia yang paling Agung Yang Memiliki Arasy yang Tinggi. There is no way we can beat Him. He is most Merciful that we can't bear it..
Thursday, December 17, 2009
best ker biler senang??
Bestnyer biler dapat buat apa yang kite suka tanpa fikirkan spm.
Best biler x payah nak susah2 study..bersengkang mata malam2 belajar..

Tapi cuba kita fikir balik..best ker biler senang? best ker biler banyak masa terluang? best ker? best ker xder buat apa-apa? jawapan pada diri masing2 tapi bagi saya..
tak best
sebab??
pertama, ia buat saya lebih jauh daripada Allah apabila saya mengisi masa lapang saya dgn benda2 yang lagho..
saya juga tak buat benda yang bersungguh2 seperti di dalam suasana spm..
saya juga memupuk sifat malas dalam diri saya..
dan saya sedar..peperiksaan spm sangat memberi makna kepada saya kerana mengajar saya untuk bertawajuh kepada Allah..
memupuk sikap pengharapan kepada Allah..
jadi janganlah kita terlalu gembira atas kemerdekaan yang sementara ini kerana mungkin apa yang kita anggap baik sebenarnya buruk di sisi Allah dan ini ialah merupakan ujian yang berat kepada kita bekas pelajar spm..
bagaimana kita menghabiskan masa terluang kita..semua itu dinilai di mata Allah swt..tuhan kita..dan ini peringatan untuk diri saya yang lemah dan daif ini..moga Allah mengistiqamahkan kita di jalan nya di mana kita akan terus berusaha mendekatkan diri kita kepada Allah..
InsyaAllah..