Thursday, May 27, 2010

Aku melangkah ke dunia yang baru


23 mei 2010 lepas saya melangkah ke dunia yang baru. Ke dunia universiti.. Dunia kampus.. Dunia menara gading dan sebagainya. Universiti yang menjadi pilihan saya ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan.

Mengapa saya memilih usim?

Pertama sekali ialah kerana suasana di USIM itu merupakan satu bi'ah yang soleh. Ini kerana majoriti pelajar yang memasuki USIM ialah pelajar-pelajar agama. Ini kerana syarat kemasukan ke universiti ini memerlukan Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah. Dan secara automatiknya semua pelajar adalah pelajar islam.

Kedudukan USIM juga menarik, kerana universiti ini berada di pekan Nilai, Negeri Sembilan yang merupakan syurga membeli baju, karpet dan seumpamanya. Ini satu bonus kepada ibu saya yang ingin menghantar dan mengambil saya.

Course saya di USIM?

Saya telah melatakkan Tamhidi Syariah dan Undang-undang sebagai pilihan pertama saya sewaktu permohonan UPU.

kenapa Syariah Law?

Kerana saya berminat untuk mendalami ilmu syariah dengan lebih mendalam kerana saya tidak betah melihat orang yang bukan islam memiliki PhD dalam bidang ilmu umat Islam.

Saya mahu menguasai ilmu ini kerana umat Islam perlu mengusai ilmu umat Islam ini. Dan yang paling penting ialah saya mendapat pahala kerana belajar ilmu berkenaan undang-undang Allah. InsyaAllah.

Setakat ini saya tak dapat komen bagaimana pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung kerana akibat beberapa masalah kelas mungkin akan bermula minggu depan. Moga Allah permudahkan.

Kolej kediaman?

Saya menetap di kolej kediaman nilam di Camelia Court, Nilai Impian, Nilai. Jarak kolej kediaman dan kampus dalam sekitar 15-20Km begitu. Jadi, tidak dapat tidak kami terpaksa menaiki bas yang disediakan dalam sekitar 7.00pagi meskipun kelas bermula 9pagi begitu. Cuti semester ini juga menyulitkan lagi masalah dengan keterhadnya bas di sekitar kampus. Menurut pihak atasan, kami dimaklumkan bahawa pengangkutan awam di Nilai ini hampir tiada. Jadi, ini merupakan satu masalah buat kami.

Cabaran?

Jarak yang jauh menyukarkan perjalanan kami. Kemudahan serta kemudahan keperluan runcit dan komputer juga menyulitkan lagi masalah. Tetapi saya yakin bahawa setiap kesusahan terselit nikmat. InsyaAllah. Dokan segalanya berjalan lancar..

6 comments:

Elya Iman said...

Salam Sayang.

Hamdallah. Melangkah juga ke pembelajaran tertori.

Moga tabah hadapi inti perjuangan!
Uhibbuki fillah.

Izyana.

Nawwar Mumtazah said...

salam..

all the best asma'

selamat melangkah ke alam Universiti..

jaga diri :)

http://perintisselatan0809.blogspot.com/2009/06/cabaran-di-ipt-secara-mendalam.html

Siti Asma Bt. Mohd. Noor said...

terima kasih izyana dan nawwar.. Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar..masih menyesuaikan diri..moga Allah permudahkan segala2nya..

:::nurfatihah::: said...

salam k.asma comel <3

ni teah(smah f3'09)
mcm best je kehidupan baru akk?
nk tnya boleh?
mula2 tu akk kekok x dgn suasana u?
yela. dgn kolej yg jauh..
rmh pula dekat ipoh.
mcm mana akk bole kuat?
i need some advice.
skrg teah kat kajang.
so, slalu rse mcm sedih je sbb jauh sgt. kdg2 time cuti balik rmh sdare je.

tq. ;))

Siti Asma Bt. Mohd. Noor said...

wasalam teah comei..
akak pun tak tau akak kuat ke tak.. ape yang akak nak kongsikan dengan adik akak ni ialah kita tetapkan matlamat yg jelas..knp kita belajar?
kenapa kita ni travel jauh-jauh untuk belajar? untuk apa?
dan jawapannya ada tiga:
sebab Allah , Allah dan Allah!!
bila kita jelaskan matlamat kita insyaAllah Allah permudahkan segala2nya

SeRiaB said...

bagus la...

memang kita kurang pun peguam dan orang yang faham berkaitan undang-undang Islam...