Friday, February 13, 2009

IBADAH...


*gambar hiasan semata-mata

" Lari...lari..cepat!! Sikit jer lagi..boleh..boleh.."


itulah kata-kata semangat yang diberi oleh teman-teman untuk membangkitkan semangat para peserta. Itulah perkara-perkara yang berlaku di sekolah ana sekarang... Demam sukan!!

Ya..bulan Februari ini lebih dikenali sebagai minggu sukan dan 'cross country zone'.. tak semua yang suka..tapi teman-teman, ana ingin berkongsi ayat Quran..

'tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadah'
ad-dzariyat:56

Sebelum pasukan rumah ana berlepas untuk beraksi kami ditekankan dengan ayat ini... Jika kita bersukan tetapi hanya nak menang kita hanya mendapat penat dan lelah serta piala yang diidamkan.. tapi teman-teman jika kita bersukan di samping niat untuk beribadah kepada Allah insyaAllah saham kita di akhirat semakin aktif..

Bukan sahaja kita mendapat kemenangan tetapi pahala niat kita bertambah dan bernilai di mata Allah.. Teringat kata-kata Saidina Abu Bakar..

'Jika seseorang itu mengejar akhirat nescaya disisinya terdapatnya dunia'

wallahua'lam