Saturday, October 10, 2009

Nikmat

Sejenak saya membelek-belek buku pelajar cemerlang SPM08 Nik Nur Madihah. Di bahagian belakang diselitkan nasihat dan pedoman untuk berjaya salah satunya ialah..

* Jadikan kesusahan sebagai satu nikmat

Saya hairan.. Dah susah di mana nikmatnya?? Hidup hanya sekali dan berhak untuk hidup senang dan bukan saya maksudkan di sini bermewah2an yang melampau. Dan melihat kesusahan atau ujian sebagai satu kenikmatan amat susah dilakukan kecuali kita benar2 mengalami kesusahan tersebut. Lalu terjadilah satu peristiwa....

" Salam.. sikit lagi saya sampai,"

Saya memberi janji dengan pasti kepada kawan yang sedang menanti. Saya penunggang yang tak lagi terbabas. Dengan kekuasaan Allah motor yang saya tunggang terbabas di selekoh; kawasan berpasir.

Ya Allah, sakitnya.

Ya Allah, bantulah aku.

Dengan tangan berlumuran darah siku berluka2an melambatkan pergerakan. Hujan mula turun dengan rintik-rintik. Tiada sesiapa di sini...

Kesusahan melanda diri saya.. Hanya Allah tempat bergantung ketika ini. Dan saya terfikir adakah kesusahan ini satu nikmat?

Jawapan saya

YA

Mengapa??

Sebab saya peroleh nikmat bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan.

Sebab saya merasai nikmat mengingatinya.

Sebab saya dapat nikmat perhatian dari keluarga dan rakan-rakan.

Sebab saya merasakan itu satu kifarah dosa-dosa saya lakukan sedar atau tidak sedar.

Sebab saya merasakan saya diberi perhatian oleh Allah kepada saya.

Dulu abang saya pernah terkena satu penyakit kulit yang agak teruk.. Saya cemburu kerana Allah memilih dia untuk terkena penyakit tersebut.

Pernah Abu Bakar berkata:

" Aku masih boleh bertahan dengan ujian kesusahan tetapi tidak kepada ujian kesenangan "

Jadi pembaca, jika sekarang kita rasa senang bukan bererti Allah melupakan kita tetapi ujian yang ramai yang tidak dapat tandingi dan jika Allah menetapkan kesusahan pandanglah ia sebagai satu nikmat.

Wallahua'lam