Friday, May 1, 2009

Hotseat!!

" Asma..Kamu ni...depan cakap lain tapi belakang buat lain..." kata si sahabat A ini.

" Kamu ni...biler kiter panggil nak tanye something kamu buat x taw jer... lama kiter pggil...(terdiam sejenak ..berpaling..dan menangis..) biler kamu buat mcm tu smgt kiter nak belajar pun berkurang..." teresak-esak si teman B ini meluahkan tegurannya..

Ana sedih..ana keliru..ana bingung..pelik...

Ya...ana bukannya terlalu BAIK sampai segala yg ana lakukan perfect tapi yang pasti ana belum bersedia menerima teguran sedemikian rupa...

Lebih baik ana terangkan dari awal apa yang berlaku sebenarnya.. Ader la satu hari ni... ana pergi ke satu progam yg hanya Kelas ana yang buat... program tu namenyer Hot seat..

Hot Seat tu aper??

Hot Seat ialah satu kaedah untuk kita sedar di mana kesilapan kita tapi.. dengan cara macam kat bawah ni...




senang cerita tegur seseorang dengan DIRECT .. mulanya ana keliru, sakit hati dan sewaktu dengannya bila seseorang tegur kita secara berterus terang sedemikian rupa...

Lalu ana buat track di pewaris.net untuk membincangkan perkara ini... apa salahnya ana survey pandangan dan pendapat orang lain...

Dan ini hasilnya.. moga menjadi panduan bagi anda mengalami kekeliruan yang sama..

Pandangan pertama:


"
hikmah adalah yg terbaik....
hikmah disini maksudnya apabila kita memerlukan kekerasan maka kekerasan adalah wajib, tetapi jikalau perlukan kelembutan, maka kelembutanlah menjadi wajib...

Tak semestinya cakap direct boleh selesai maslah...tak juga ckp lemah lembut juga selesai maslah...

Yg penting kita nak betulkan org, perlu berlaku selepas kita minta petunjuk ALLAH... Kemudian baru kita bertindak... bukan kita tegur direct dgn nafsu dan marah...

Allah saja dpt ubah org bukan kita...

Tapi kalau tegur masalah peribadi (lebih kepada msalah yg aib) depan org ramai walaupun ketua halaqah yg buat pun, bagi ana tak sesuai dan boleh sebabkan dia lari, even ana pun rasa camtu....

Kita nak jadi pembimbing, bukan kita nak jadi penegur...

Kita perlu jadikan diri kita abang kepada adik halqah kita...
Kita perlu jadi ayah bagi anak halaqah kita...
Kita perlu jadi seorang shbt bagi shbt sehalaqah dgn kita...

Halaqah ini hanya sebahagian dari proses Tarbiyah yg syumul...

Tak semua benda dapat diacomplissh by halaqah...

mungkin dgn kita makan malam dgn masul kita boleh selesai maslah kita...

Konsep halqah ini tempat untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada Islam...

ni pendapat ana..."

Pandangan kedua:

"ermm..nak bg pendapat skt..mgkn hampir sama ngn pendapat akhi muhaimin..

islam mengajar kite cara berhikmah dlm dakwah mahupun tarbiyah..sperti dalil menyebut;"ud'u ila sabili rabbika bil hikmah wal mau'izotil hasanah"..tp hikmah ni maksudnya bkn berlembut setiap masa dan setiap tempat,ada masa kite perlu berkeras.cnthnye klu shbt yg kite nak tegur 2 berkesan jike kite tegur secara keras,maka kite kene tegur secara keras.begitu lah sebaliknya dan yg seumpama dgnnya.ini baru dikatakan berhikmah.dlm sirah rasulullah slalu menggambarkan baginda berhikmah dlm berdakwah dan mentarbiyah.sbgi cnth,baginda menegur abu zar dgn menyatakn bahawa dlm hatinya masih mempunyai jahiliyyah kerana abu zar tlh menyindir bilal.hanya dgn teguran ringkas dari rasulullah itu tlh menyebabkan abu zar menyuruh bilal memijak kepalanya kerana merasa dirinya terlalu hina.

macam 2 jgklah dgn ape yg dikatakan sbg hot seat,jika dirasakan itulah yg terbaik dan memberi kesan kpd ahli halaqah,ape salahnya.cume perlu berjaga2 supaya setiap teguran KELUAR DARI HATI DAN MASUK KE DALAM HATI.bkn niat utk menyakitkan hati atau menindas.

utk mendapat teknik2 dan cara2 terbaik dalam dakwah dan tarbiyah,selalu lah merujuk sirah rasulullah sebagai panduan..

wallahua'lam"

Bagi ana dua pendapat di atas ini adalah yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pembaca budiman sekalian... Terpulang kepada anda semua untuk menilainya.. Wallahua'lam