Tuesday, June 23, 2009

Lagu Tema

kalau dulu....

pergi ke kem2 dan aktiviti sekolah mesti mereka akan memilih satu lagu tema. Memang.. saya amat mengakui bahawa dengan adanya lagu tema ini semangat pun akan naik. Tengok sahajalah lirik2nya.. Mencabar jiwa anak muda berdarah panas sungguh.. Anak muda atau remaja memang pantang dicabar. Apatah lagi dengan bait2 lirik yang membolak-balikkan hati dan dengan mudah sahaja anak muda mendengus nafas dengan semangat..

pernah dulu..

kawan bertanya " Kamu ada lagu best2 x? Kami ni nak conduct program dan memerlukan lagu yang best2.." Saya tersenyum.. lagu best2 memang berlambak tetapi lagu yang berkualiti lagi efektif bagi jiwa2 anak muda memang jarang sekali.. Kalau ada pun rata2nya datang dari indonesia.. Lihat sahaja lagu ar-Ruhul Jadid yang popular itu.. Lihat sahaja kumpulan izzatul islam yang menunjukkan usaha menasyidkan lagu Robitah; doa Rasulullah.

dulu...

semasa saya mengikuti program kem minda kreatif di pendang, kedah saya berpeluang mendengar pengalaman dari seorang kakak tentang lawatannya ke indonesia. Katanya semangat pemuda di Indonesia memang mengagumkan. Bukanlah saya ingin memuji2 Indonesia dengan merendahkan Malaysia negara tanah air saya sendiri tetapi kita semua tidak boleh menafikan peranan Indonesia itu sendiri. Malah pejuang2 tanah air yang kita agung2kan dulu bertindak membebaskan Malaysia dari tangan penjajah British dengan melihatkan semangat2 pejuang2 Indonesia memperjuangkan tanah air mereka dari tangan penjajah Belanda.

sekarang..

izinkan saya berkongsi lagu2 yang bagus + best untuk dijadikan santapan pendengaran yang diberikan Allah untuk membantu dalam memikirkan kebesaranNya...

Video pertama
lagu tema untuk kem kmk12 dan kem pewaris haluan yang pernah saya sertai

SATU HATI


Video kedua
lagu tema untuk kmk 13 yang diadakan baru2 ini.. sementara itu pembaca boleh berkongsi aktiviti yang dilakukan dengan menonton video ini..

MALAYSIA MEMANGGIL




Saturday, June 13, 2009

Monday, June 8, 2009

the truth..

Di sekolah..

Alhamdulillah... syukur..... merdeka!!merdeka!! Akhirnya dua minggu yang penuh ke'stress'an ini berakhir juga...

"Umi..ambik sekarang...dah habis dah exam hari ni," aku dengan bersemangat berlari menelefon ibuku untuk mengambilku pulang..

2 minggu bercuti...
Di mataku terbayang...

Internet...

Novels...

Blogger...

Tidor...

perkara2 di atas perlu diqada'kan dgn segera..

Di rumah...

Aku berlari2 anak menuju di mana coordinate komputer terletak.. cepat2.. blog perlu di update dgn segera!!

tapi sesuatu yang aneh menggamit sanubariku... mengapa komputer dalam keadaan sesepi itu? skrinnya gelap gelita seperti malam...

perlahan2 kakiku melangkah ke komputer tersebut... dan aku sedar sesuatu telah terjadi kepada komputer tersebut...

PC hilang!! aku mencari dan menggeledah sekeliling rumah namun tiada kelihatan..

"Ayah pegi baiki PC tu, byk sgt virus.. apelah yg korang download.." ayahku menerangkan duduk perkara yang sebenar..

What!! Why now??

Jadi, begitulah kisahnya mengapa visitor2 melihat blog ini dalam keadaan sepi baru2 ini... ini kerana ketiadaan PC yang boleh mengupdatekan blog.. Semoga ayah ana membaca blog ini dan terus mengembalikan PC ke rumah ini... Tetapi ana sedar setiap berlaku mesti ada hikmah yang tersirat sebaliknya..

wallahua'lam