Saturday, January 14, 2017

HELLO 2017!

Today is 15th  January 2017. Yes 2017!! I can't believe how time flies soo fast. It feels so amazing yet so scary at the same time. I have a new resolution for this year, to make myself write more often (also read! ;p) because I am an English Teacher. Yes, I'm a teacher and I cant let my English become rusty as I do not use that language much since I already graduated. Alhamdulillah I have successfully graduated from my university and I am no longer a student. So no more studying law in English, read cases and assignment. Woohoo no more. But it makes me worry sometimes as the process of formally learning had stopped. Of course we are always learning as the life goes on. But the seriousness and formality is gone. That makes me think to continue and pursue my study as Master student. Yeah but not now. I will be a teacher for a few years and prepare to be a student one more time. 

I have to admit, I miss to be a student. 

And I have to let go something that I think important to me. Because it turns out its not that important anymore and I have to be brave to change. I believe something more valuable will come on my way. I wish that the right thing I do, and thing that what I should do. To feel more happy and content with my life. Insha-Allah. May Allah ease this, Allah helps me to be stronger and be more useful woman to society and Ummah. Ameen.

Then, see u guys again in my next post. Hopefully soon. =)

With my mom on my graduation day.

Wednesday, March 30, 2016

2016 please be nice to me!

tahun ini aku sudah berumur 24, dan 24 tahun sudah aku hidup di dunia ini,, terasa hati ini merindui utk menulis dan mencoret dan segala men2 seperti dulu,,

benarlah, blog ini ibarat diari elektronik yg mana ia takkan kusam dek masa, xkan hilang dek terlupa, dan xkan hancur dek.. dek ape pulak ye, xper abaikan..

aku sebenarnya ingin mencari satu paksi di mana aku menulis di atas skop apa, di atas dasar apa.. dan untuk apa aku menulis,, mungkin kurangnya ibrah seperti dahulu membuatku malas dan lupa untuk menulis, atau mungkin aku terlalu sibuk dengan perkara lain sehingga meniggalkan blogku ini terkulai sepi, tidak seperti dlu..

cumanya, apabila sudah berumur 24 ini, aku makin sedar bahawa aku semakin dewasa (tua sebenarnye nk ckp) dan banyak perkara yg aku ambil enteng menari satu persatu di hadapan mata. first sekali of course la pasal jodoh. dah 24 kott,, dulu waktu sekolah target nak kawen umur 24, sekarang habuk pun xde, apatah lagi calon.. tapi aku percaya, bila sampai masanya, maka akan sampai masanya.. mungkin masa untuk aku bukan sekarang, aku tak bersedia lagi, mak aku pun ragu2 nk lepaskan anak dara dia.. banyak benda yang aku perlu belajar dan perbaiki.. jadi target aku nak kawen umur 27 la.. hahaha

secondly pasal umi aku,, umi aku sudah tua, rambutnya kelabu, tidak hitam likat seperti dulu.. wajah penuh garis2 keperihan serta kepayahan membesarkan anak2 seramai 9 orang. berapa lamakah lagi aku boleh bersama ibuku di dunia yang sama.. cukupkah aku berbakti pada ibuku,, nyawa kami bila2 masa Allah boleh tarik.. teringat waktu kecik, bila umi balik lambat dari sekolah (was a teacher) aku akan pegang baju umiku dan menangis serta berdoa biarlah kalau umiku mati, aku nak mati sekali..
ya Allah,, fikiran budak2 betul haha..xde smiley eh kat sni..okay x pandai..

thirdly of course pasal pekerjaan,, aku nak kerja apa, aku nak buat apa lps study semua masih blurr lagi. Tak tahu nak buat apa, nak sambung apa.. takpe lah moga aku tamatkan study ini dengan jayanya dulu, baru fikir dengan mendalam apa yang bakal aku buat.. lol

Jam sudah menunjukkan 2 malam dan aku perlu tido sebab esok nak study for midterm.. ya Allah permudahkanlah.. Engkaulah sebenar2 penolong,, Doakan semuanya dipermudahkan..
Ameen.. 

Nanti sambung lagi ;)

 Umi & Muslim berjogging pagi2 di Ipoh 😆

Friday, May 15, 2015

Love

Loving someone isn't something that u enjoy much... u will fell like u are the happiest person in this world.. u will think that everything feels alright and true.. but in the end, because of sooo much expectations that we are hoping for, we becomes easily upset about small things which we don't really care at all in the past.. It gives u pain also the cure, hell also the heaven..

U feel happy? It won't last long.. believe me.. it won't. There's no happily ever after. We live in a modern fairytale, no happy ending,  no wind in our sail. Yeah Salena's song..

I wish I love someone and only one that I won't lose anything when I pour all my heart towards him, instead it's something honorable to do so;  which is my Future Husband that I never meet. Haha.

Sorry my English.. this is basically just a random writing about something unimportant lol..

Tuesday, February 17, 2015

Umrah 2015 part1

18 - 29 Januari merupakan hari2 yang aku paling bahagia sepanjang aku hidup, ini kerana Allah beri kesempatan pada aku utk menjadi tetamu Nya. Reason knp aku post kat blog ni pun sebenarnya utk berkongsi pengalaman aku di tanah suci mekah dah madinah. Seperti mimpi bila Allah izin dan mudahkan urusan aku ke sana. Disebabkan aku pergi dengan bapak tiri makanya urusan nak pergi tu agak susah la jugak sebab Arab Saudi dah tetapkan perempuan yg bawah 45 tahun nak pergi sana kene ada mahram.

Bapak tiri is a good mahram..or muhrim.. but many documents that need to be authorised contohnya sijil nikah ayah dan umi aku, ic adik lelaki aku, letter of consent n so on. Ambik masa jugak nak kumpulkan semua dokumen2 tu tpi klau yg xde masalah sekejap jer dah boleh siap. Disebabkan aku x cuti lagi dan tarikh berangkat tu 2 hari lepas aku habis exam, urusan tersebut tertangguh dan lengthy. Dua tiga kali jugak la aku ulang alik ipoh nilai sebab nak setel bende2 tu semua.

Hati ni gusar jugak sebab aku takut umrah tahun ni mak dan ayah aku macam fifty2 nak pergi ke tak sebab abang aku sakit, klinik under renovation n so on. Lepas tahu tu aku pun tidak meletakkan harapan menggunung tinggi sebab mungkin bukan rezeki aku, dan aku berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan Alhamdulillah sampai jugak aku ke sana. Alhamdulillah ya Allah.

Dan tahun ini my parents memilih agency umrah dan ziarah di bawah Zainal Kembara Sdn Bhd. Service tip top, boss die ikut sekali so urusan mcm mudah dan cepat skit sebab die tau port2 mana yg x ramai org dan selesa. Dan jumlah jemaah utk sesi Januari sekitar 14 org sahaja. Ya sikit daripada biasa yg beratus2 tu, tpi selepas pengamatan aku, yang sikit tu la sebenarnya selesa lebih skit, pergerakan berkumpulan pun lagi lancar dan tidaklah memakan masa. Bayangkan lepas turun flight, kene tunggu bagasi, keluar, cek visa bagai, dan kene tunggu seratus org baru boleh gerak, mau tak tertido kat airport tu.

Dan kebiasaannya, jemaah umrah akan dibawa ziarah ke Madinah dahulu sebelum ke Mekah menunaikan umrah, tapi kali ni kami pergi ke Mekah dahulu barulah ke Madinah. Aku tertanya2 juga sebelum pergi tu, biasalah first time, apa sebenarnya beza pergi Mekah or Madinah dahulu? Bace kat blog2 kebanyakannya akan ke Madinah dahulu. My mum said, same jer, cumenye diorang xyah niat ihram dalam flight, xyah pakai pakaian ihram dalam flight, n xyah jaga 13 pantang larang ihram tu dalam flight.

Tapi kitorang kene terus berpakaian ihram dari airport lagi, yang laki memang naik flight pakai kain ihram yg x berjahit tu, dan kene aware, bile Haji Zainal (boss merangkap tourist guide ) bagi signal, hendaklah kami semua berniat ihram lebih kurang sejam sebelum landing ke Jeddah sebab kapal terbang tu melalui kawasan miqat umrah utk mereka yg datang melalui kapal terbang.

Ape jer yang aku bawak pergi ke sana ya? Seperti orang lain, aku bawak baju2 yang secukupnya, sweater sbb org kate sejuk kat sane, tpi sejuk nye time subuh n malam jer, bile tengahari xde la sejuk mane, biasa jer. Tidak ku sangka pesanan2 kawan2 aku utk membawa losyen sebab nnt kering itu penting. Sebab aku amat tidak suke pakai losyen, dan bile x pakai muke dan bibir jadi kering, macam ada lapisan lain kat muke. Bile pakai bedak pun nmpak la garisan2 kulit mengelupas kat muke. Alhamdulillah mak aku bwk soothing gel alovera yg colourless tu, dan cepat serap ke muka. Xde la berminyak2 bagai mcm losyen. Sebelum keluar bilik jer memang kene pakai sbb muka aku dah burn dah bile x pakai dan sakit pedih jugak la. Mak cik yg ikut sekali tu nasihatkan spy beli jer purdah yg getah kat belakang tu and pakai bile kuar sbb habuk dan sebagainya. Kalau pkai mask takut x selesa and susah nak bukak pakai balik. Make sense dan mudah jugak.





Aku semakin dewasa..

Perghhh dah dkt 2 tahun aku x post kat blog nih.. ye lah..bile Instagram, FB, Wechat dll dah ade, mne nak layan dah blog2 nih..

Today is 17/2/2015, and many stuffs had happened to me.. kalau org bce post last aku mesti org ingat aku dh mati dah sbb x post2..

But I'm still alive, alhamdulillah, ya Allah alhamdulillah.. kau masih beri ku nyawa utk aku terus bertaubat kpdMu..

And this year I am 23!! Woohoo 23! Dah boleh kawen dah.. but still too young to make a family, ilmu di dada x cukup lagi dan banyak bende yg aku kene achieve..

In 2 years period that I've been missing (xdelah missing sgt, x tulis blog je pun),  big events happened to me.. which actually change my life totally..

Haa..rase nak tahu kan..pebender actually yg besar sgt tu.. ke3.. next post I will tell u guys..

*masih adakah yg mengikuti belog aku ini, aku pun x tahu hua3*

Tuesday, January 29, 2013

Sakit yg luar biasa..


okay, I wanna confess something.. for me, this sem, sem 3 2nd year really really tough for me..

banyak dugaan berlaku dan yg paling aku rasai bila waktu study week sebelum exam final..

selama seminggu aku banyak menghabiskannya di rumah di Ipoh.. study di Ipoh rasanya lebih aman dan tenang sbb xyah fikir mknn and so on..

dan pada jumaat, (exam pd rabu depan) aku bercadang nk balik nilai sebab byk lagi nk cover and study.. hafal lagi satu hal.. dan dgn izin Allah pagi jumaat itu aku rasa tekak amat perit.. mula2 aku ingatkan perkara biasa tpi setelah menjelang petang,, badan semakin panas.. pening yg amat.. selsema..

Allah.. ubat dah makan.. selera makan berkurang.. cuba utk tidur malam tu tpi keesokannya bertambah lagi teruk.. pening yg teramat2, muntah tpi xde bende yg perlu dimuntahkan.. tidur dgn apa2 posisi pun x selesa..badan terlalu panas.. kaki sejuk spt ais..

aku cuba gagahkan diri utk baca satu or dua bab,, bimbang menguasai diriku memandangkan exam makin hampir, tpi diri makin teruk..fokus aku hilang..tulisan spt berpusing2..

umiku.. umiku.. dia byak membantu ku.. ketika di shah alam.. sepanjang perjalanan ke sana spt hell bhs kasarnya.. Allah shj yg tahu..

di shah alam, umi taking full care of me.. waktu itu aku berasa amat bersyukur ada umi spt dia..

pada hari ahad, aku merasakan yg aku kembali pulih.. semua ini sbb umiku yg merawatku.. aku amat bersyukur krn mgkin aku akan sihat sepenuhnya ketika mengambil peperiksaan..

tp petang itu , badan ku kembali panas.. kakiku sejuk spt ais..waktu itu semua harapan ku utk memasuki dewan peperiksaan dgn keadaan yg sihat kembali seperti mustahil.. I've done everything..aku dah mandi, makan ubat, segalanya2.. hatiku mula hancur.. adakah aku ditakdirkan tangguh sem.. aku mula menyalahkan semua orang..

..............................................................................................................................................


dan aku memandang ke atas,, harapan ku cuma satu; Allah. Allah yg maha berkuasa, Allah yg mendengar segala doa hambaMu.. Allah yg dengan keizinanNya berlaku sesuatu.. dan aku berdoa sambil menangis dengan hati yg ikhlas,, benar2 ikhlas mengharapkan pertolonganNya..

dan pada waktu itu juga.. aku berasa kekuatan dan sakitku beransur hilang,, aku terus mengambil nota dan baca memandangkan aku kesuntukan masa,, aku terus memakan ubat dan aku merasakan sihat yg tidak pernah aku rasakan dulu..

Allah.. itulah pengalaman yg membuktikan Allah sentiasa mendengar doa hambaNya,, Allah,, he is the almighty.. Allahu Akbar,, Subhanallah..

jadi kwn2 jgn berputus asa dgn rahmat Allah..
yakinlah..

Sunday, January 27, 2013

aku tidak senang..

kata2 maaf itu mmg nampak mudah.. tapi beratnya seperti hirisan pedang yg datang dari hati menggores ke mulut.. dan itu yg menyebabkan sesetengah orang mendiamkan kata yg mudah itu dari mencalar egonya..

jika dia merasakan dia tidak layak utk meminta maaf.. fikir sekali lagi, dua kali lagi, tiga kali lagi.. manusia tak ada yg sempurna (kecuali manusia yg dipilih Allah).. manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan,, kerana apa? kita manusia..

dan serius, aku tidak senang.. selama ini aku pekakkan telinga.. butakan mata.. ya, aku tidak tenang, aku tidak senang..

tolonglah..huraikan kemelut yg melanda.. ukhuwah itu lebih penting bukan.. mungkin aku yg berckp ini  senang tpi mahu melakukan itu memerlukan kekentalan jiwa yg tinggi.. ya aku tahu itu..

tapi, tidak bolehkah kalian, termasuk aku.. utk mencuba.. cuba.. berdoa kpd Allah spy ukhwah itu lebih erat..ukhuwah itu diutamakan..

dan aku tidak tahu bila ketidak senangan hati ini bisa menjadi tenang semula..

ya Allah..

permudahkan.. amin..


hidupku..

hidup ini bukan semudah yang dicanang2..

belajar, dapat pendidikan, kerja, kahwin, cinta.. ada anak, kemudian menjadi tua, mati..

itu bukannya kehidupan. itu hanyalah robot yg mengikut kitaran hidup..

kita mungkin melihat, dgn adanya satu jalan yg kita lihat kpd kebiasaan manusia, maka kita akan end up sebegitu juga,, senang, just go with the flow..

tapi kita lupa, kita ada Tuhan.. bila2 masa sahaja Allah boleh intervene jalan kita nampak mudah itu supaya kita lebih ingat padanya.. lebih meminta padaNya,

contoh: accident, sakit, musibah..

jika kita melihatnnya dari sudut negative, maka bertambah buruk nasib kita.. spt simple equation ( -1) + (-1) = -2.

remind to myself : pandang dari sudut positive ats segala2nya..


Tuesday, October 4, 2011

yeay!! masuk USIM!!

wah3...salam semua..mmg dah bersawang dah blog ni..debu pun dah tebal seinci..btw, I'm sorry for not update my blog..busy,,well, bukan busy mane pun..cume smgt nak tulis tu xde..whatever...

mungkin ramai yg xtahu yg Allah beri keizinan utk saya masuk ke USIM tercinta..aliran Syariah dan Undang2.. dapat group 1 with some of my friends in TSU4 before..huh,,,aish..asal mcm hambar je..okkelah kite tukar style lain eh..

Q: Apakah perasaan anda sepanjang berada di tahun 1 ni?
A: perasaan?? Okkelah..mula2 mcm semangat lar sbb jumpe kwn2 balik..dah familiar dgn usim, care pentadbiran usim ni camne, dah masak dgn situasi BAS usim, dah x sesat2 dah tpi FSU tu still bru utk kiteorang so sesat gak ar..masih konfius lagi sampai sekarang...oh, one more,,dah tau dah yg LIBRARY usim tu atas bukit..sian kat dak2 baru yg agak terkejut dgn lokasi library tersebut,,=) sampai one of my roommate said that she'll only go (climb) to library if there's a flood in usim...haha..

Q: That's funny!! But mule2 shj? bagaimana sekarang ya?
A: sekarang?? erm..no komen kot...haha..kidding2..erm sekarang saya dalam proses menyesuaikan diri dgn suasana pembelajaran yg agak berbeza dgn tamhidi dulu..persekitaran saya tak kisah sbb dah familiar la tpi suasana belajar tu mcm lain sikit..cikgu2, I mean Lecturer2 dah lain,, BA 1 n BA 2 dgn cikgu yg same, BI 1 n BI 2 pun same..kawan2 yg baru (dri group len waktu tamhidi) tpi saye mmg x kesah..I love to make new friends and suke melihat muke2 baru and lepas rapat baru tau die mcmane sbnrnye..ditambah dgn hanya seorang lelaki di dalam kelas..erm..x kisah sbnrnya tpi kalau dari sudut keseimbangan mmg x balance sangat lar.. group len dak laki 5,7 orang..erm kalau terjadi kat saye lar mmg nangis ngadu kat mak dah lar..huhu..

Q: Setakat itu sahaja...
A: Eh? dah habis dah? tu jer?
Q: Xder la saye bukan ape...saye lihat anda seperti ada bende yg lebih penting nak buat.. *bisik* *soklan       tutor law!*
A: Oh ya! saya mmg tgh busy sekarang ni..terima kasih krn sudi membuang mase dgn saye!! =))
Q: Same2...

beginilah contoh mereka yg xde keje mcm saye..merapu di blog sendiri...ttpi ade bende yg menganggu fikiran saye baru2 ni..iaitu Konflik Hati.. Allah menjadikan hati kita ni berbolak balik, iman yanzid wa yanqus,,, ttpi saya perlu semangat!! buat mcm x kesah dan fokus dalam pelajaran! insyaAllah, jika kita tolong agama Allah, Allah tolong balik kita..

izinkan saye utk meng 'share' kan ayat quran yg begitu istimewa Allah turunkan kepada hambaNya...



[QS 9:111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. 


sekian, wasalam =))

Sunday, July 31, 2011

Kita ada DIA!

Sebelum saya mulakan post terbaru..saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada sesiapa yg membaca,terbaca,terpandang post.. Khususan kepada all Muslims.. percayalah bahawa Ramadhan merupakan satu bulan yg berkah dan rahmah..







di dalam hadis Rasulullah:




"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:   " Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku."  Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."

riwayat Bukhari dan Muslim






Subhanallah betapa Allah sayang kepada hambanya dengan menghadiahkan ramadhan .. pahala berganda2..inilah Islam, indah dan istimewa..tidak seindah agama lain.. Kakak ipar pernah bercerita ttg kawannya seorang Cina ingin berpuasa sekali bersama rakan2 islamnya..tapi mereka pelik selepas dia ke tandas,kawannya itu tidak pula balik2..rupe2nye.. kawan cina tu pengsan di dalam tandas..tak tahan puasa agaknya..lihat! hebatkan muslims..


berbalik pada tajuk post kali ni..saya ingin berterus terang bahawa saya amat menyukai drama2 korea,jepun,taiwan,melayu (erm..certain lar..) dan yg menarik perhatian saye..
dan terbaru ni ialah Iryu Team Medical Dragon Season 1,2,3(sdg)..


drama ni agak menarik sebab mmg xde unsur cinta sgt..xde langsung kot..ia sebuah drama berunsur Ilmiah dari aspek kedoktoran, and pasal bedah2 ni..mmg cita2 dulu nk jadi doktor tpi apakan daya SPM Biology dpt B shj..xde rezeki mungkin..lagipun xsuke sgt hafal2 ni..tpi bile dpt law..hafal menghafal tidak dapat dielakkan lagi..huhu~ *sigh*


dan best mmg best (smpai x behenti) tapi ada somting yg kurang dari segi jalan cerita nya.. kalau masukkan satu aspek ni InsyaAllah meletup.. ape aspek tersebut? ISLAM. ALLAH.
melihat mereka berhempas pulas di bilik bedah, lihat pesakit menangis2 meminta bantuan doktor, melihat pesakit yg menganggap doktor itu tuhan..saya rasa kasihan..


sebab?? mereka tak tahu nak minta tolong kat siapa melainkan manusia..mereka hanya bergantung kepada usaha, skills semata-mata.. mereka tak tahu yg kita (muslims) ada DIA, kami ada Allah.. Kami boleh DOA.. Kami ada Allah yg memakbulkan doa2 hambaNYA.. kami bergantung kepada Allah dan bukan usaha semata2 kerana DIA yang maha mendengar,mengetahui,agung.. tiada apa yg Allah tidak boleh lakukan kerana DIA maha mencipta..DIA yg menjadikan alam ini, bahkan kita bernafas atas keizinan DIA..
bahkan tiada sehelai daun yg gugur Allah tidak tahu..


seperti firman Allah:


“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”

Surah Al-An’am ayat 59.


wahai umat Islam yg mengaku beriman kepada Allah..marilah bersama2 kita bersyukur kerana kita tahu Allah, kenal Allah,menjadi hamba Allah dan yang paling penting..Kita seorang MUSLIM!


manfaatkan Ramadhan sebaiknya..moga Ramadhan kali ini terbaik dari sebelum2nya..aminn 


wallahu a'lam..


p/s: lepas ni cdg nk wat preview stp cite yg tgok.. =)


ikhlas,
ctasma mohdnoor


1 Ramadhan 1432

Tuesday, July 12, 2011

my first love story..

entah mengapa semenjak due menjak ni..bile nmpak page 'new post' yg serba putih ni rase mcm blank jer...like my soul drifted away...nak tulis per pun x tau..maybe blogger perlu menukar ke warna yg lebih menarik.. kuning ker, pink ker, biru ker, baru men'trigger'kan mckinat seseorang itu untuk meluahkan idea..maybe~

tapi xper,,sebab desktop background membuat saye x boring...kejap2 tengok...nak tahu?? gambar ni amat menarik memandangkan saye dah tersuke transformers ni lagi2 dark of the moon tu...smart...gambar ni pun smart sbb ade bumble bee..=) nak tgok? ni die...

suke pd gmbar ni semate2 ya..=)
mesti kalau org tgok gmbar ni akan melabel saye pro kpd b*****h (kne censor gak) ni... jawapannye ialah maybe yes and maybe no..dah2 malas nk cite panjang..bukan pasal ini ingin saye ketengahkan(xleh bla) ape yg saye nak ckp ialah pasal hati atau first love..

adakah saye ingin menceritakan first love saye di sini? oh..tidak same sekali tpi agaklar...
semalam dgn bersusah payah menunggu youtube loading/buffering dpt gak habiskan tgok satu filem thai ni..
A crazy little thing called love/ true love...filem ni pasal, erm ye ar..absolutely cinta dan membuatkan saye teringat zaman sekolah dulu..ha3..xdela..

bagi movie ni, true love die dtg from a first sight (sort of) and kalau sehari x tgok kekasih die xleh..hingga sanggup pegi tandas semate2 nak take a glimpse of him (kat sekolah)..buat ape yg die buat, for ex:kalau die minum air, dak tu pun nak minum air gak.. rase2nye sume penah rase perasaan tu kan?? so movie tu adapt bende yg org selalu buat and 89% mengaku pernah buat bende tu (x terkecuali)..fitrah manusia menyintai seseorang..

but the question is, adekah bile kite buat somting mcm kite leh kate die true love kite? adekah dgn tgok sekilas pandang n terus suke adakah itu dikatakan suke atau cinta? mungkin ya dan mungkin jugak tidak.. bagi kes saye? first sight is just capture your interest to make you see him/her again, again and again..from there you develop your many 'sights' to judge yourself, either he is worth or not..bile sekali tgok n tak tau pape psal se2orang tu and gile2 suke tu kire jatuh nafsu bukan cinta...bukan?? so, kesimpulannya bersama2lah kita menjaga pandangan kerana semuanya bermula dri situ..=)

suke gambar ni..teringat presentation ICT


‎"cintailah org yg kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia ia menjadi musuhnya.dan bencilah musuhmu sewajarnya,kerana boleh jdi suatu hari kelak dia akan menjdi orang yg kamu cintai" 

riwayat bukhari,abu daud,al-tirmizii,ibnu majah drpd Abu Hurairah.

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa kalau ingin menyintai se2orang itu biarlah berpada2..jangan terlalu suka dan x boleh terlalu membenci...melainkan ahli keluarga,suami/isteri sendiri, kawan2..=)

dan Hadis seterusnya:

"sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yg syahid"

riwayat Hakim, Ibn Sakir, al-Dailami, dan lain-lain

banyak novel2, movie2 menunjukkan bagaiman se2orang itu dengan berani nya 'confess' his/her love..so secare tidak langsung ianya meng'courage' kan anak2 muda utk 'memberanikan' diri utk membuat pengakuan cinta kpd sang pujaan..bukankah itu telah terlepas peluang 'syahid' spt hadis di atas...

bagi saya, kalau betul2 berani, masuk pinang...itulah cara yg terbaik..don't you think so?? hadis di atas menjadi prinsip saya untuk tidak mudah 'memberi' dan menjaga hati ni sebaik mungkin..moga Allah istiqamahkan hati kita semua..saye ade prinsip begitu, anda pula mcmane??

Saturday, June 25, 2011

3 PUTERI SAINS!!

malam ini malam kenangan...
semua kenangan dtg bertubi2...dan mmg mcm2 kenangan happened during my high school..
sek kiteorang sek private jadi xla ramai sgt students die..mcm sek berasrama penuh yg len tu...
so bagi pelajar sains ade dalam 12 orang jer..
banin (male students) ade 9 orang
banat (female students) ade 3 orang...
yes 3 orang je...kesian kan kami?? tapi kiteorang x kesah...sebab dengan hanya 3 orang ini ukhuwah kami lebih erat..dan macam2 kami wat walaupun kuantiti sedikit..

nak tahu sape yg special tu?? ni die....Shahamin bt Mior Ahmad Ramdzan, Yusraa bt Aminuddin and me...tengok..name pun dah hafal sebijik-bijik nye...well sebenarnye kami ngan dak sastera bergabung kelas cume bile time subjek sains kiteorang akan bergerak ke makmal sains yg multi functions..disebabkan itu kami pernah belaja di kantin sebab makmal ade function len..huh~ bile ingat balik mmg byk dugaan betul..tetapi di situlah kemanisan nya...

kiteorang 3 orang memang x dapat dipisahkan...dah aliran same camne nak berpisahnye...cume itulah, diorang 2 orang both pengawas so meeting la ape la...and I end up in the class ALONE..with 9 guys around me and I am alone!! owh terseksanya waktu tu..rase nak ponteng kelas. Diorang siap bagi kata2 akhir sebelum saye masuk ke kelas...tapi ade juga turn diorang lak kene sorang sebab ade kes kiteorang 2 org x dtg serentak dan sewaktu dengannya..

well sometimes ade gak terase kelemahannya, kiteorang duk belakang sekali..perempuan la katekan..kadang2 mualim n mualimah yg mengajar secara x sengaja meng ignore kami...kami memang la bengang..taulah itu mualim x payah lah nak kat banin je..banin ni pun satu, mcm mualim xleh layan lepas ni..haha..fikiran budak2 biasela..
and waktu tu belajar chemistry psal salt2 ni..masuk salt dlm air tgok reaction towards water..dalam mood tgh bengang tu kiteorang perempuan membuatlah hal sendiri..dan muncul idea untuk menguji kreativiti kami..
warning, jgn cuba di rumah mahupun makmal ye...
first, ambik sebanyak mana sodium yg bleh
second, campak sodium tu ke dalam glass jar yg ade air, pastikan air itu sedikit
third, tutup dgn buku teks glass jar itu dengan segera..
dan tiba2.........POM!!!...letupan yang agak kuat berlaku menyebabkan banin n mualim memandang kami dgn serta merta...walaubagaimanapun kami sudah siap menyorok di bawah meja...perasaan kami amatlah takut, excited and so on...

mulai hari itu mualim mulai mengambil berat di setiap eksperiment yg kami lakukan, dan agak ragu2 memberi apa jenis materials or apparatus yang boleh menyumbang kepada letupan..well~ mission accomplished!! at least mualim bagi perhatian kat kiteorang.. tul tak??

and sebelum SPM, diorang ade bincang2 pasal belajar perubatan ke mesir..Shahamin beriya2 promote medic mesir ni..so dipendekkan cerita ketiga2 kami bercita2 utk melanjutkan pelajaran esp medic ke mesir..hati dah tekad , mak ayah setuju, tinggal ambik spm je..well walaupun kami sedikit tapi kualiti tinggi..sebab? for example, three of us got straight As in PMR, and three of us dapat pelajar terbaik spm sek kami...
dan,,Shahamin, Yusraa menunaikan cita2 mereka...sorang belajar Medic di Mesir, dan Dentist juga di Mesir..
kenapa diri ni tertinggal di sini?? mungkin rezeki saya di sini..jika tidak kita bertiga mesti di Mesir sekarang kan? dan Allah izin, law yg mmg list paling bawah utk pilihan course, saya dpat pula..
betulla..manusia mmg mampu merancang tapi tiada daya menukar ketetapan Allah swt..

jika kita berusaha kita akan capai apa yang kita impikan,,dan kadang2 berlaku juga perkara yang tidak dijangka2 berlaku,,apa boleh kita lakukan? melainkan berdoa kepada Allah supaya ini ialah pilihan yg baik dan meminta Dia permudahkan segalanya...

kenangan kalau ingin berkongsi mungkin boleh buat novel agaknya..^^
sedikit itu UNIK!!
sekian,,
wasalam~

Friday, June 3, 2011

ragam kehidupan

alhamdulillah~sementara menunggu semua ada untuk ke Melaka kerana ada kenduri sepupu Allah memberi keizinan untuk mencoret sepatah dua kata...sebenarnya passion utk menulis blog ni makin pudar tapi bila saya membelek2 post2 yg lame2 tu rase seronok + best + xpecaye yg saye yg tulis itu semua...

baru2 ni terbaca ttg post di blog saye pasal result spm saye dulu.. anda boleh klik di sini untuk bace..
Alhamdulillah tergerak hati membace kerana kepala saye bagaikan diketuk yg result akan kuar tak lama lagi...
memberi kesedaran bahawa saya perlu berdoa,berdoa,berdoa selagi ada masa sampailah saya klik kat e-wadi utk melihat result..masyaAllah~

jika orang bertanya tentang kehidupan sekarang,,well~ saye sudah menjadi org KL..actually bukan betul2 KL sebab sekarang dah pindah ke Kota Kemuning, SHah Alam,,nak tahu kat mne? meh saye tunjukkan gambar ye...tau x ramai tahu kat mane..huhu~

sape2 nak dtg meh ikut peta ni ye..

tasik kota kemuning, ade air pancut kat tgh2 n boleh jogging keliling tasik uh,,
pe yang best kat sini?? dekat dengan KL..tapi tu lar..byk sangat roundabout and bape kali sesat ng abang xyah cakap lar...(masuk mood merungut)..teh ais die..erkk...ipoh nye lagi sedap..kalau kat sini better makn sendiri dari beli kat luar..banyak dah berubah~ dari segi sosial dan facilities..teringat subjek law..law in social changes..kene study balik ni...huh~(mengeluh)

dengan adenya anak sedare..ops..anak2 sedare bihah,arham,alim,alam (hua3..) insyaAllah x pernah bosan berada di sini...insyaAllah...selamat datang ke dunia Alam..Ustazul Alam..jadi manusia yg mantap seiring dengan namamu, jadilah anak yg soleh, beriman, insyaAllah~

I think I have to go..Alim tu tgh merengek lagi tu..insyaAllah di masa akan datang akan saye update lagi..insyaAllah~

Wednesday, April 27, 2011

penat~

penat itulah yg dirasai sekarang~
kenapa?
first, sebab baru balik dari usim, nilai penat dri sana pun x habis2 lagi...
second, tak ku sangka bnyak barang jugak kat rumah ni...brg2 klinik parents, makmal la ape la...amat mencabar angkat barang turun naik tangga..tapi takpe sebab inilah jasa yg saye leh berikan pada mereka..nak saye upah org xde duit pulak so kene la bagi tenaga ini...insyaAllah...seperti kata2 ayahku: semangat kak uda semangat!!!

alhamdulillah jumaat lepas dah habis sumer exam..alhamdulillah sekali lagi kerana Allah memberikan kesempatan untuk menghabiskan exam tu and soalan bleh la jawab...insyaAllah..saya dah usaha dan tinggal bertawakal kepada Allah and let He decide the rest~

dah habis exam dah pun....=)

namun saya terfikir sesuatu (mase xde keje lpas jwb exam) kat exam hall a.k.a stadium tu...semua pelajar tekun menjawab dan kedengaran suara "ok, tinggal 5 minit sahaja lagi..". semua semakin tekun menjawab dan ade yg blurr tak tau nak wat ape dah dan ade yg bru bangun tido...manusia memang macam2 ragam...

dan saya terfikir, beginikah kehidupan manusia?? seperti peperiksaan..ada tempoh yg tertentu,,terpulang pada kita hendak buat bersungguh2 atau main2 atau xbuat langsung. bila masa dah tamat kita dah tak boleh buat ape dah..memang masa yg diperuntukkan untuk kita takat tu jer..

Allah bagi manusia certain time...60 thun? 50? 20thun? terpulang kepada kita nak buat kebaikan? kejahatan? maksiat? dah bila Allah kate masa sudah tamat kita akan menemui maut..waktu tu kite xleh nak buat ape dah..merayu lah kepada Allah mcmne pun nak hidup balik xkan boleh sebab waktu kita dah habis..

dan marilah kita berfikir sejenak. bila Allah panggil kita apa sumbangan kita untuk Islam sewaktu kita hidup??
seperti kata2 saidina abu bakar: Islam mundur sedangkan aku hidup! khalifah yg banyak memberikan jasa pada Islam ckp camtu inikan kita?

baru2 ini saya dapat berita bekas kawan sekolah meninggal disebabkan kemalangan...umur arwah 19 tahun. berita itu amat berkesan di hati saya dan merupakan peringatan bahawa bila2 msa Allah boleh tarik nyawa kita...dan dulu saye pernah mendaki bukit la ape la perasaan memang amat penat sepenat2nya same goes when saye angkat brg2 nak pindah ni...rase penat sgt dan cube bayangkan perasaan penat ini malah lebih teruk lagi kita akan rasai di akhirat yang kekal?? masyaAllah....nauzubillah min zalik..ya Allah jauhkan lah aku dari azab neraka~

sajer jer nak post psal bnde ni hari ni untuk peringatan kite bersame~ sesunggah peringatan itu tidak bermanfaat kecuali untuk org yg beriman~ya Allah jadikanlah aku dalam golongan itu..

kepada kawan2 rumah nnti ek kite post pasal korang lak...xde mase lar byak sgt keje nak buat..

p/s:jamuan tsu best tapi something berlegar2 di kepala and nak tahu sangat jawapan die~~

Sunday, April 10, 2011

TSU4 di dalam hati saya selama2nya


gaya formal dari tsu4 di hari2 terakhir (saye tiade di dalam gambar...arghh,,frust!!)

merenung masa depan yg mencabar..bertemu lagikah atau tidak??
*entah ape korang tgok..sorang pandang sane sorang pandang situ..

Tsu 4 Forever in my Heart!!

memang berat hati ni, memang pahit untuk menerima tetapi itulah kenyataan..kami akan terpisah jua..tamhidi sudah berakhir dan sekarang kami perlu menumpukan sepenuhnye utk final..
sedih tuhan sahaja yg tahu..bertemu lagikah atau tidak, semua Allah yg aturkan..manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yg tentukan..insyaAllah moga kita termasuk di dalam perancangan Allah yg terbaik..amin..

saye suke tsu4..kenape?? Ade byk sebab die..antaranya?? ade kawan2 di sini..semua saye syg tidak terkecuali!! Nak tahu knp saye sayang?? sbb..

Qurani
bile time truth or dare, amirul tanye(cepumas nye soalan)..ape yg bestnye asma sampai bleh rapat??
sebenarnya mmg betul ape yg que ckp..kiteorang bukannye sekepale sgt..sorang minat korea sorang minat rock kapak tu (hehe..sorry bgtau!) dan bukan sekali kiteorang bermasam muke boleh dikatekan byk kali la tapi xlar selalu..
tapi ketahuilah que..menyayangi seseorang sahabat itu tidak memerlukan alasan..aku menyayangimu kerana Allah dan aku berharap persahabatan kita dipelihara Allah selama2nya..insyaAllah

Yati kot
'you jump I jump' our famous phrase..otak kite memang same..time u lapa I pun lapa..memang teman makan yg setia..time assignment tak buat agi you pun same..same2 last minute..rase tak keseorangan dalam membuat something reckless (bella..bella..hehe)
saye suke tengok muke awak yg selalu ceria dan mudah senyum..bile hati tgh sedih tgok yati jer dah hilang sumernye..haha..betul siyes!!

Yana
saye mmg suke tgok awak ketawa, tgok awak ceria..sebab tu saye suke cerita mcm2 kat awak..pasal sarawak la ape la..maafkan kalau saye ade buat awak terase ke ape ke..di mata saya awak seorang yg hebat..

Fatinah
cukuplah dengan saye mengatakan saye admire awak...saye suke tgok awak...ape yg awak buat saye rase utk buat sekali..ape yg awak benci saye rase nak benci sekali...kalau saye buat something saye akan tgok awak dulu..awak suke ataupun tidak..inilah 'cinta' saya kepada awak..maafkan kalau tidak menjadi sahabat yg baik kepada awak..

Wani
hadiah teddy tu best sgt..suke tgok suke pegang suke peluk..terime kasih wani...kite sebenarnye suke sgt tgok wani..comel sgt..kite kalau shopping ke giant ke mane ke suke sgt shopping ngan wani..sbb wani suke sgt gelak kalau kite wat ape pun...hehe..pastu respon wani pun kite suke..kalau kite wat pahape wani akan balas jawapan pahape gak..haha...suke3..

comel kan???hehe ^-^

Ahda
hatimu lembut seperti percakapanmu juga..tingkah lakumu juga begitu...kadang2 aku termalu sendiri dgn dirimu...tidak pernah aku melihat dirimu marah...terima kasih kerana menjadi temanku...sayang Ahda

Ikaq
ikaq...haha...suke ikaq. mule2 masuk tamhidi punye la fikir macamane nak rapat dgn ikaq ni..ikaq mcm nak xnak layan kite je..hehe..last2 kite pun boleh rapat..kalau dah sekelas, sepasukan debat mcmane xrapat..kite suke care ikaq pandang kite seperti kite ini si kakak (betul ke?? memandai je,,hehe)..dan ikaq ni adik kite..

Che pa
nampaknye macam tu tapi peramah...same cam ikaq..punye kite perah otak ni camne nak rapat ni..dah la satu group(keluarge) madam afidah..pernah kite cube nk tgkap hati che pa..saje sembang2 dgn die pasal abg nak kahwin la ape la dlm kelas mdm afidah lak tu..last terkantoi ng mdm yg kite bersembang last2 madam tanye "asma, do you have any problem??" uiisssshh..malu gler waktu tu..tuhan saje yg tahu..tapi hasilnye rapat ng che pa xkisah ar,,

Syida (nurul nou)
syida..suke giler dpt kwn cam kamu...very supportive and understanding...bile kamu marah kite sbb komen lebih kpd pihak lawan..(lwn debate) mmg hari tu rase down sgt..rase cam nak blik ipoh time tu gak..rase xnak dtg je berbeque kite malam tu..sampai class rep marah2 sbb xnak dtg..haha...papepun kamu mmg best!! jadi cikgu BI je la nnti..

siti sallinah
mule2 mmg nmpak jer sally ni cam skema sikit..xtau la bleh ke tak kwn ng dak ni..nmpak cam budak bandar sgt..sape la kite ni nak kawan ng die..last2 orang jawa rupenye...ceh..otak same jer...suke sgt memasak...baik sgt..selalu bagi pinjam broadband die..haha..pape nnti calling2 la ye...

Bushra dina
bush,,,wei..kite suke bush wei...haha..ape yg bush ade and xder kat org len ialah bush suke dgr ckp kite..hahaha..mksudnye bush suke bagi extra fokus bile kite ckp something..bile kite nasihat die ikut..best wo dpt kwn mcm die..x byk songeh..kalau die xdtg kelas hari tu rase sgt ketiadaannye..

Hanis
best kot satu group ng hanis sbb first keje selalu siap second semangat die buat keje tu fuhh..luar biase..kdg2 kite dpt merasakan yg hanis ni byk berfikir..nmpak je cam diam tpi mcm tgh berfikir sesuatu..sandwich die buat mmg sedap..sgt sesuai berlakon menjadi anak raja..haha..do you really want to be a pilot?? haha..comel =)

Syuhada
kite rase arm wrestling la yg mengikat hati kite..ingat agi main saje2 ngan syu..wow kuat giler sok tu satu tgan lenguh lawan ng syu punye pasal..waktu tu syu mcm terkejut gile sbb kalah..haha..lepas ni taubat dah xnak lwn dah ng syu..syu nmpk jer senyap tapi...xde tapi2..hehe..tun mamat! watch your manner!! haha scrip yg kite paling suke..kite ulang2 sorang2 kat umah scrip tu last2 dak umah kite sume kate kite ni xbetul..ye kot..haha..

Pinat a.k.a syafina(kite pun xtau cmne leh jdi pinat)
pinat...mule2 kamu msuk tsu4 muke seriyes giler...rase cam kite ade wat salah kat kamu..ade ker? waktu kite wat halaqah tu pinat cam suke x suke jer..seram kot..tapi kite dah jadi kawan kan?? are you sure...?? yes I'm really sure yg kite dah jadi sahabat..pinat comel and kate agak pedas ar..tapi kite x kene ar (fuhh..alhamdulillah) ingat kes mknn lambat kat acacia tu...hehe..papepun thanks sudi menjadi kawan kite..syg pinat...

hidayah
mule2 muke dayah mmg terlalu seriyes..takut nak tegur...pandangan die berhikmah (ade ker?).. kamu ade pendirian yg jelas membuatkan diriku terfikir tentang pendirianku..selamat berjuang sahabat semoga perjuangan kita tidak terputus di tgah jalan dan istiqamah di jalan ini...terima kasih kerana sudi menjadi rakan saya..

nety
saat yg menggembirakan bagi saya ialah awak gembira menerima hadiahku yg tak seberapa itu..jeritan kesukaan awak tu membuatkan saya bersyukur sangat yg awak menyukainya..hanya Allah sahaja yg tahu betapa gembira+happy sebab mmg blur gile nak carik hadiah awak...sori kerana tidak dpt memberi shawl yg cantik kepada awak..first awak masuk tsu4 saye amat suke sbb awak menunjukkan reaksi yg positif..haha..best =)

hah~habis pun dak pempuan..dak laki?? perlu ker?? tak perlu kot..secare general je kot sbb bukannye kenal sgt pun..(ye ye aje)

first, our class rep, amirul
no komen kot..
haha..memain jer..sepanjang berkerjasama dengan die sbgai class rep ok ar kot,,ade je x puas hati tapi dah ok dah..die byk buat keje drpd kite rasenye..tukar kelas carik die, ganti kelas pun carik die, mmg penat kot jadi die..anak emas ustazah mina, sume cikgu kot..biase la org hebat,,dak kisas lak tu..
bile mood die x ok mmg tkut gler nak tegur..papepun terima kasih kerana sudi memberi kerjasama..

mubin a.k.a best debater(perasan sendiri)
mule2 sem satu seriyes ckp kite mmg x bape ngam ar ngan mubin..I mean mcm mubin ni invisible la katekan..tapi sejak..sejak ape eh..hah..sejak sem2 ni ok ar..bler satu group philippine tu boleh la terima and rase menyesal xsuke org ni..ape hak kite utk membenci seseorang..kite x bermaksud kite benci..arghh..pape la..pendek kate die ni seorg yg bertggjwb ar..cmpak jer pape kat die siap punye..

saiful
kau ni seorang yg misteri,skema la gak,unpredictable,unstoppable eh..itu utk syam..tak tau ape yg sebenarnye kau fikir..entah lar..tak tau nak ckp camne..senang moody jugak n ble time moody rase nak kuar je dari kelas tu,,sering memikir mase depan kot (ker pk korea nih)..masih tertanye2 sehingga sekarang..kenapa ubah style rambut??

mahfuz
erm..erm...tak tau nak ckp camne...x kenal sgt..seorg yg amat pemalu mungkin?? low profile..
........(5 minit berlalu)
ok lar..

syamsuar
ni kalau bleh kite nak wat satu novel komen aku utk kau..
seorang ceria tetapi kdg2 terlebih ceria..dan kami tertanye2 betul ke x budak ni..
mempunyai mulut yg .......malas nak cakap..and memang takut kalau ade orang nangis pasal mulut die,,x pecaye?? pecaye la sbb kite dah wat experiment hari tu..cuak giler muke die...haha..rase nak rakam..nyesal x rakam
semangat juang yg tinggi tapi kadang2 semangat die tu agak keterlaluan lar..mungkin kalau letak di tempat yg sepatutnya anda akan menjadi manusia yg hebat!!
papepun kelas akan hambar tanpa kehadiran anda..=)


akhir kate, aku amat menghargai kalian..anda adalah hadiah yg tak ternilai yg saya dpat..maafkan atas segala kesalahan,,menjadi penolong yg x bertggjwb..dan segalanya lah..minta maaf..
p/s:maaf kalau komenku erm tak bertepatan ke ape ke..terlebih komen ker..tapi inilah bukti saya sangat sayang kalian..setiap diri anda adalah istimewa di hati saya...harap ukhuwah kita berkekalan..insyaAllah =)

Thursday, March 31, 2011

31 March 2011

sedar tak sedar tinggal hampir 3 minggu sahaja lagi untuk menghabiskan tamhidi..
agak sayu dan sedih..
sebab,
tak jumpa lagi kawan2 yg best+gempak
tak jumpa dah ustaz, ustazah, madam, miss, sir, mister yang baik hati dan memahami...
akan berpisah bersama sahabat2 selama 4bulan!! bagi dak medic and dentist tak tau lah wujud kesempatan untuk berjumpa atau tidak lepas ni
suasana belajar akan berbeza..tidak seperti tamhidi..
pendek cite, sedih!!
tapi nak wat camne..fitrah! setiap yg bertemu pasti akan berpisah!

oh ya, mungkin dalam waktu terdekat ini kami sekeluarga akan berpindah dari rumah 14 lebuh wira jaya, taman rapat setia baru, ipoh, perak itu.. masih dalam pertimbangan, mungkin kami akan berpindah ke ipoh jugak, area2 gunung rapat gak kot..atau mungkin area2 shah alam or kelang..wallahua'lam..ya Allah kau berilah keputusan yg terbaik buat kami sekeluarga sesungguhnya keputusanMu lah paling terbaik!!

tidak lama lagi final!! doakan yg terbaik!! harap bleh perform well, insyaAllah (walaupun diri ni masih di kayangan..). aku amat berharap setiap hari yang berlalu merupakan ibadah ikhlas kerana Allah dan membuaku lebih dekat kepadaNya..insyaAllah~

*hidupku berubah dengan mendadak...dan aku harap perubahan ini membawa kepada keberkatan dan bukan kemurkaanNya...biiznillah!

KEPADA AWAK!! HEPI BESDAY!! SAYANG AWAK SGT2 KERANA ALLAH!!

maas salamah
wa ilal liqa'

Sunday, March 6, 2011

aku ingin menjadi mawar berduri !!



benar..
terlalu banyak mawar di dunia ini...
tapi aku ingin menjadi mawar yg berduri..

wanita yang ada pendirian..
terpelihara kecantikannya..
terjaga akhlaknya..
jauh dari pegangan2 kumbang..
kecuali suamiku yang halal...
insyaAllah..

ya Allah kau perkenankanlah doaku ini..
sesungguhnya Engkau memakbulkan doa hamba2mu..

Thursday, March 3, 2011

entah lar..

salam...
rasenyer dah bersawang2 dah blog ni...menjenguk jer tapi tak 'berkesempatan' (malas jer sbnrnye) utk meng'update' kan blog ni..fi haqiqah tak tau nak tulis aper..takder idea langsung..

erm,,minggu ni ape yg best??
ok, first, dah lebih satu minggu setengah dah tak balik umah...so rindu kat umah and rindu kat parents, siblings and terbaru rindu kat anak sedare ni membara la gak...tak sampai due minggu dah rindu-riduan..pelik betul...

due minggu lepas ade la balik ipoh and Alhamdulillah sempat melawat anak sedare yg masih fresh ni.. name die pada mulenye Abdullah Akhili tapi dah duk pi tukaq jadi Abdul A'lim...banyak reasons die antaranye ialah akhil tu nak same dgn name abang 'akel' (wakeel) tak ker same tuh...

of course semua excited!!! anak sedare pertama la katekan..nak tgok gambar?? warning siap2..comel sgt!!




Alim...nnti jadi hamba Allah yg taat, anak yg soleh, and anak sedare mak ude yg dengar ckap ok?? hehe..nnti mak ude balik mak ude jenguk alim ye...

and disebabkan kerinduan2 itu parents pun dtg ar kelmarin malam ajak pegi giant..beli barang2 keperluan (makanan..haha..). terubat lar rindu kat diorang..pastu semalam mase tgh cuak nak jawab test fiqh ni (test?? tak nak ingat dah jawapan mengarut yg ku tulis...) leh lak umi call.. katenye umi ngan ayah tak balik ipoh lagi and diorang kat KL lagi and ajak pegi nilai 3 pagi tu..
kuliah law madam adzidah hari tu rase mcm lambat jer berlalu...lepas madam ckp "thank you..we close our lecture with tasbih kifarah n surah al asr.." ape lagi terus cabut...diorang dah tggu kat fpqs...

patutnyer buat Halaqah mingguan hari tu tapi parents dah dtg kan nak wat camne..well, jadi penolong sem 2 memang byak keje gak ar...kene wat halaqah stp minggu..tajuk ape ntah nak bagi..tapi takpe...semua itu mungkin juga salah satu proses tarbiyah mendidik hati untuk menjadi lebih penyabar, lebih bergantung kepada Allah, dan menjadi lebih bertanggung jawab,, insyaAllah..apa yang Allah susun terdapat banyak hikmah disebaliknya..

hati..oh hati..
taatlah kamu pada perintah Tuhan Mu...
jangan dilalaikan dengan perasaan yg menghancurkan...
tegaklah kamu di jalan yg Allah redhai...
Cintailah Allah sungguh kamu akan menemui seseorang yg mencintai Allah juga..
InsyaAllah

found a great video about shariah law in Acheh Indonesia..enjoy!!



Sunday, January 30, 2011

we all with you!!




mereka seperti singa...menuntut hak! kita?? fikir-fikirkanlah...

*best lak update blog nih..

Januari sudah meninggalkan kita...

salam..
malam2 nih 30 Januari..
terase kejap jer Allah bagi pinjam waktu ni....
tup tup luse dah bulan Februari...
macam2 jadi time januari nih..
salah satunyer..
My Birthday!!
Alhamdulillah Allah kurniakan kawan2 rumah yg best!! Sporting habis lar..
tanggal 6 Januari hari tu leh lar...ramai gak yg wish..
yg paling xleh luper ialah biler housemates sumer xnak wish..
terase sgt lar waktu tu...
sbnrnyer tau dah diorg sajer nak wat cmtu..
tpi xtau la smpai seserius itu...
org tanyer...diorang wat bodoh jer....ish!! bengang thp karma la org kater..
pastu entah mgapa diorg ajak jalan pegi McD... (boikot..boikot..)
ikut jer la...
then..lepas dilengah2kan oleh kawan time nak basuh tgan..(waktu tu dah syak something dah..)
pergi ker meja and ader satu kek yg comel..
kek teddy bear!!!


wow..lawa kut kek ni..tapi..comei2 pun kene makan gak....dan mereka dgn bijaknya memberi saya kuasa untuk memotong kek ini...dan lihatlah apa hasilnya..jeng, jeng, jeng..





inilah hasilnya..keh3..sume bising...well..ini namanya seni...seni pemotongan..haha..
sori kawan2...kek bulat tu pndai ar potong tpi kek bentuk teddy ni susah sikit nak potong...
well..ini adalah birthday yg gempak sekali...thanks kawan2 umah,,, zimie, mariah, farah husna, nur jannah, hidayu zailani, fathiah nuraina (mastermind)...thanks again!!