Sunday, December 2, 2007

Kenape sakit??

Menurut teori saintifiknya, punca penyakit kita bukan kerana jangkitan bakteria atau berkenaan dengannya tetapi runtuhnya akhlak kita. Kita tidak mengikut garis panduan Al-Quran di mana berkali-kali Allah megulang di dalam ayat-Nya supaya beramal soleh dan melakukan kebaikan. Apabila kita melanggarnya, balasan dari Tuhan jelas nyata melalui penyakit yang kita hidapi.

Menurut Dr. Ariffaizal di dalam blognya yang bertajuk Konsep CVT dalam merawat sel, kita perlulah fokus untuk menyembuhkan penyakit kita.
Untuk fokus, seseorang itu perlu sentiasa berada dalam keadaan atau bersifat hening, sabar, ikhlas dan setiap formula yang dirumuskan oleh Colour Vibration Therapy adalah bertujuan untuk menuju ke arah sifat-sifat ini. Apabila si pesakit mempunyai sifat-sifat tersebut, segala kesusahan atau kepayahan yang dilaluinya akan bertukar kepada kesengsaraan kepada kenikmatan. Kehidupan ini akan dilalui dengan lebih seronok dan tidak membebankan.

Contoh yang paling dekat yang kita boleh lihat ialah orang-orang soleh atau alim ulama' selalukah kita melihat mereka dalam keadaan yang sakit? Mereka sentiasa bersemangat lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam. Ini juga merupakan satu hadiah Allah kepada mereka yang berani bersamaNya.

No comments: