Sunday, December 2, 2007

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan hadiah Allah pada hambanya. Jika kita lihat agama lain, bulan seperti ini tidak diperoleh. Hukum Allah tiada siapa dapat menghalangnya kerna ia juga merupakan satu kewajipan umat Islam. Ramadhan bererti panas terik dan tanah yang gersang. Apabila di negeri Arab, apabila datangnya Ramadhan cuaca akan bertukar gersang dan panas. Tapak kaki kita akan terbakar jika kita memijak terus padang pasirnya. Ini menyebabkan tekanannya amat tinggi.



Mekipun begitu, penyakit darah, saraf dan tulang menjadi lebih mudah dirawat. Ini diterangkan di dalam blog Dr.Ariffaizal Rawatan Kesihatan.
Beliau juga menerangkan kesan pembongkaran yang mungkin berlaku merujuk keadaan kelemahan semasa, serta kesan yang menyihatkan sekiranya puasa dapat dijalankan dengan sempurna pada bulan Ramadan. Beliau juga menerangkan kajian saintifik di bulan Ramadhan bahawa makanan tidak boleh dihadam pada waktu siang di bulan Ramadhan kerana tekanannya yang tinngi. Jadi utk mengelakkan kolestrol tepu mudah terbentuk dan mengganggu jantung dalam tempoh jangka panjang, kita perlulah berpuasa. Sealain itu yang menarik yang diterangkan beliau ialah 'aktiviti yang terbaik supaya darah dapat naik ke otak ketika atmosfera bertekanan tinggi ialah dengan bersujud'. Sekaligus meningkatkan keupayaan atau kecerdasan otak. Utk mengetahui dgn lebih mendalam, sila klik di sini Rawatan Kesihatan.

No comments: