Sunday, May 9, 2010

Hati terseksa bila mengharap..


Hari ini sengaja saya nak mengupas sesuatu yang saya rasa ingin berkongsi..
Apa yang jelas apa yang saya lihat ialah hati kita ini akan terseksa apabila kita melakukan sesuatu yang larang..
sebagai contoh, 'couple'..

tidakkah hati kita akan sakit jika tiba2 pakwe kita mesra dengan wanita lain?
tidakkah hati kita perit apabila mesej kita tidak berbalas..
tidakkah hati kita terseksa menahan rindu apabila sudah lama tidak bertemu..
yang paling penting ialah kita hipokrit!! berpura2 baik demi mengambil hati kekasih..

ini saya mahu berkongsi nasyid yang mungkin bisa mengetuk hati dan fikiran kita utk bermuhasabah sebentar..

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

1 comment:

Nurr_Rahmah said...

Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan & itulah tawakkal yang sebenar.