Tuesday, June 23, 2009

Lagu Tema

kalau dulu....

pergi ke kem2 dan aktiviti sekolah mesti mereka akan memilih satu lagu tema. Memang.. saya amat mengakui bahawa dengan adanya lagu tema ini semangat pun akan naik. Tengok sahajalah lirik2nya.. Mencabar jiwa anak muda berdarah panas sungguh.. Anak muda atau remaja memang pantang dicabar. Apatah lagi dengan bait2 lirik yang membolak-balikkan hati dan dengan mudah sahaja anak muda mendengus nafas dengan semangat..

pernah dulu..

kawan bertanya " Kamu ada lagu best2 x? Kami ni nak conduct program dan memerlukan lagu yang best2.." Saya tersenyum.. lagu best2 memang berlambak tetapi lagu yang berkualiti lagi efektif bagi jiwa2 anak muda memang jarang sekali.. Kalau ada pun rata2nya datang dari indonesia.. Lihat sahaja lagu ar-Ruhul Jadid yang popular itu.. Lihat sahaja kumpulan izzatul islam yang menunjukkan usaha menasyidkan lagu Robitah; doa Rasulullah.

dulu...

semasa saya mengikuti program kem minda kreatif di pendang, kedah saya berpeluang mendengar pengalaman dari seorang kakak tentang lawatannya ke indonesia. Katanya semangat pemuda di Indonesia memang mengagumkan. Bukanlah saya ingin memuji2 Indonesia dengan merendahkan Malaysia negara tanah air saya sendiri tetapi kita semua tidak boleh menafikan peranan Indonesia itu sendiri. Malah pejuang2 tanah air yang kita agung2kan dulu bertindak membebaskan Malaysia dari tangan penjajah British dengan melihatkan semangat2 pejuang2 Indonesia memperjuangkan tanah air mereka dari tangan penjajah Belanda.

sekarang..

izinkan saya berkongsi lagu2 yang bagus + best untuk dijadikan santapan pendengaran yang diberikan Allah untuk membantu dalam memikirkan kebesaranNya...

Video pertama
lagu tema untuk kem kmk12 dan kem pewaris haluan yang pernah saya sertai

SATU HATI


Video kedua
lagu tema untuk kmk 13 yang diadakan baru2 ini.. sementara itu pembaca boleh berkongsi aktiviti yang dilakukan dengan menonton video ini..

MALAYSIA MEMANGGIL




2 comments:

komarovich said...

salam alayk ya ukhti kabir..^_^..
huhu
saper munsyid sbnar nasyid Satu Hati ni?? Izis?? SH??
DR MSIA ker??

Siti Asma Bt. Mohd. Noor said...

itu kumpulan dari LA KHAUF rasernye..dari malaysia kalau tak silap..