Monday, January 26, 2009

LILLAHI TAALA

Salam... Alhamdulillah diberi kezinan daripada Allah swt untuk tangan ku mengetuk keyboard ini demi satu niat.. LILLAHI TAALA. Demi Allah... Segala yang kita lakukan mestilah kerana pencipta kita bukannya sebab lain. Malah bila anda semua lihat dan membaca post ini tajdidkan niat.. Kerana Allah.. Malah bila kita bukak line internet ini pun betulkan niat kita... kerana Allah..






Tetapi ramai yang tersasar dari melakukan perkara penting ini... contohnya:
Puasa tapi mengharapkan fadhilat, Solat Hajat tapi niat kerana sesuatu, membaca surah Yusuf ketika mengandungkan anak supaya anak cantik atau kacak seperti Nabi Yusuf dan lupa langsung tentang Allah.




Baiklah..contohnya anda membeli rantai emas kerana emas boleh digadai dan merupakan aset yang mana kadar gadaian lebih tinggi daripada membeli dan dalam masa yang sama anda memakai rantai tersebut. Anda kelihatan cantik sekali apabila memakai rantai emas itu dan membuatkan seri di wajah anda terserlah dgn kehadiran emas itu...





Begitulah niat...kita membaca Quran hanyalah kerana Allah bukan kerana lain dan fadhilat2 insyaAllah dgn izin Allah akan sampai kepada kita tanpa perlu kita minta.. Yakin dan bersangka baiklah dgn Allah. Seperti kecantikan dan seri pada wajah kita apabila memakai rantai emas.. kecantikan dan seri itu pasti datang dan memang datang begitulah pahala dan fadhilat2.. yakin pada Allah yang fadhilat2 tersebut PASTI datang!! Jadi..niatlah kerana Allah sebelum memulakan segala apa pun.

No comments: