Tuesday, December 18, 2007

Jawapan Allah

Saya membelek2 majalah PEWARIS edisi khas. Covernya subhanallah menarik minat saya untuk terus menatapnya.. Dengan izin Allah saya tertarik akan satu ruangan khas tentang jawapan Allah tentang masalah manusia berpandukan kitab suci Al-Quran..




S: Adakah aku sudah dikira beriman?
J: " Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan : 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sblum mereka, sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
Surah Al-Ankabut: 2-3

S: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?
J: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi mu, tuhan mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui"
Surah Al-Baqarah: 216

S: Kenapa susah sangat ujian ini?
J: " Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Surah Al-Baqarah: 286

S: Aku rasa kecewa, lemah semangat, tertekan..
J: " Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang beriman"
Surah Ali-Imran: 139

S: Bagaimana harus aku hadapinya?
J: " Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan) dan kuatkanlah kesabaranmu ( lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada tuhan supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
Surah Ali-Imran: 200

" Dan mintalah pertolongan (kepada tuhan) dgn jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang2 yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah: 45

S: Apa yang aku dapat dari semua itu?
J: " Sesungguhnya tuhan membeli daripada org2 mukmin diri, harta mereka dgn syurga bagi mereka"
Surah At-Taubah: 111

S: Ah.. Aku tidak tahan! Aku dah bosan dgn semua ini..
J: " ........Dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat serta pertolongan tuhan. Sesungguhnya tidak berputus asa drpd pertolongan tuhan itu melainkan kamu yang kafir"
Surah Yusuf: 87


Monday, December 3, 2007

where u want to go??

Ke mana kita mahu pergi?? kiri atau kanan? yang nyata tiada pilihan ke tiga..
Gambar di bawah amat memberi kesan kpd saya. Gambar yang menyentuh jiwa.. Itupun saya copy dari page org lain. Semestinya kita tahu apakah penghujung bagi kedua-dua cabang ini.. fikir-fikirkanlah..

Sunday, December 2, 2007

Kenape sakit??

Menurut teori saintifiknya, punca penyakit kita bukan kerana jangkitan bakteria atau berkenaan dengannya tetapi runtuhnya akhlak kita. Kita tidak mengikut garis panduan Al-Quran di mana berkali-kali Allah megulang di dalam ayat-Nya supaya beramal soleh dan melakukan kebaikan. Apabila kita melanggarnya, balasan dari Tuhan jelas nyata melalui penyakit yang kita hidapi.

Menurut Dr. Ariffaizal di dalam blognya yang bertajuk Konsep CVT dalam merawat sel, kita perlulah fokus untuk menyembuhkan penyakit kita.
Untuk fokus, seseorang itu perlu sentiasa berada dalam keadaan atau bersifat hening, sabar, ikhlas dan setiap formula yang dirumuskan oleh Colour Vibration Therapy adalah bertujuan untuk menuju ke arah sifat-sifat ini. Apabila si pesakit mempunyai sifat-sifat tersebut, segala kesusahan atau kepayahan yang dilaluinya akan bertukar kepada kesengsaraan kepada kenikmatan. Kehidupan ini akan dilalui dengan lebih seronok dan tidak membebankan.

Contoh yang paling dekat yang kita boleh lihat ialah orang-orang soleh atau alim ulama' selalukah kita melihat mereka dalam keadaan yang sakit? Mereka sentiasa bersemangat lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam. Ini juga merupakan satu hadiah Allah kepada mereka yang berani bersamaNya.

Warna ikut hari??

Hari Isnin..hem..pakai putih. Alamak! Maner ader tudung warner putih.
Inilah kehidupan saya. Setiap hari terdapat warna yang tersendiri untuk waktu tersebut.



HARIWARNAFREQUENSI
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer


Jadual tersebut terdapat daripada blog Dr. Ariffaizal iaitu Rawatan Kesihatan Warna Resonan Mengikut Hari. Hari yang datang silih berganti juga akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna.

Jadi apabila hari-hari tertentu, berpakaianlah mengikut warna di dalam jadual di atas supaya kita menjadi resonan dengan hari -hari tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi klik di sini Warna Resonan Mengikut Hari.

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan hadiah Allah pada hambanya. Jika kita lihat agama lain, bulan seperti ini tidak diperoleh. Hukum Allah tiada siapa dapat menghalangnya kerna ia juga merupakan satu kewajipan umat Islam. Ramadhan bererti panas terik dan tanah yang gersang. Apabila di negeri Arab, apabila datangnya Ramadhan cuaca akan bertukar gersang dan panas. Tapak kaki kita akan terbakar jika kita memijak terus padang pasirnya. Ini menyebabkan tekanannya amat tinggi.



Mekipun begitu, penyakit darah, saraf dan tulang menjadi lebih mudah dirawat. Ini diterangkan di dalam blog Dr.Ariffaizal Rawatan Kesihatan.
Beliau juga menerangkan kesan pembongkaran yang mungkin berlaku merujuk keadaan kelemahan semasa, serta kesan yang menyihatkan sekiranya puasa dapat dijalankan dengan sempurna pada bulan Ramadan. Beliau juga menerangkan kajian saintifik di bulan Ramadhan bahawa makanan tidak boleh dihadam pada waktu siang di bulan Ramadhan kerana tekanannya yang tinngi. Jadi utk mengelakkan kolestrol tepu mudah terbentuk dan mengganggu jantung dalam tempoh jangka panjang, kita perlulah berpuasa. Sealain itu yang menarik yang diterangkan beliau ialah 'aktiviti yang terbaik supaya darah dapat naik ke otak ketika atmosfera bertekanan tinggi ialah dengan bersujud'. Sekaligus meningkatkan keupayaan atau kecerdasan otak. Utk mengetahui dgn lebih mendalam, sila klik di sini Rawatan Kesihatan.

Sunnah Rasulullah

Sesungguhnya perginya Rasulullah memberi banyak harta pusakanya kpd umatnya. Harta ini pula tidak akan habis malah apabila mengunakannya bertambah lagi ganjaran kita serta sentiasa di dalam hidayah-Nya. Ini ada disebut di dalam hadis;
'aku tinggalkan kpd engkau dua perkara nescaya engkau tidak akan sesat utk selamanya; iaitu Al-Quran dan As-sunnah'
Sesungguhnya sunnah-sunnah Nabi memang amat menakjubkan. Sesuatu yang tidak dijangka manfaatnya. Salah satu sunnah ialah sentiasa BERSUGI, mudah bukan? Tetapi ia mengandungi seribu satu rahsia.




Ini terdapat dalam blog Rawatan Kesihatan yang menerangkan mengapa kita perlu bersugi atau memberus gigi. 'Rahsia gigi adalah suatu jasad kenyal di dalam rahsia tulang. Oleh itu, gosoklah gigi anda selalu untuk menghasilkan tenaga kinetik atau geseran' ini adalah antara penerangan Dr. Ariffaizal di dalam blognya. Beliau juga menerangkan salah satu sunnah nabi juga iaitu bersahur. Apa yang saya faham ialah apabila kita bersahur ia akan memerangkap getaran bunyi frekuensi biru sekaligus menjadi penawar untuk meneutralkan keracunan makanan atau ketempangan kimia.

Tuesday, November 27, 2007

Mardhatillah..

Pada minggu lepas, saya telah menyertai satu kem iaitu Kem Minda Kreatif yang dianjurkan oleh Haluan yang bertempat di USM, Pulau Pinang. Kem ini banyak memberi banyak faedah dari segi pengisian hati dan jiwa. Di sana, saya banyak ketahui pelbagai benda.


MUJAHID TEGAR

hai mujahid tegar,
maju ke hadapan,
ummah runtuh rebah,
kita bangunkan.

jangan takut jangan gentar,
tegak kebenaran,
berani kita kerana Allah satu kemenangan,
berani kita bersama Allah satu kehebatan,
HUH!!

Dari lirik lagu ini sahaja telah memberi kesan yang besar dalam diri saya. Di kem ini saya disedarkan betapa runtuhnya ummah kita pada hari ini. Suatu masa dahulu di mana zaman sahabat nabi, Saidina Umar membaca surah Al-Qiamah boleh pengsan ketika mengimami satu solat. Tetapi kita hari ini membaca Al-Quran seolah-olah tidak merasai apa-apa pun. Lebih teruk lagi apabila kita melakukan dosa serta melihat maksiat tanpa rasa takut sekali pun.

Terlupakah kita akan balasan Allah di akhirat kelak? Tidak cukup di akhirat sahaja tetapi kita sedikit demi sedikit mendapat balasan dari Allah. Dengan mendapat seorang ayah atau abang perokok? Sudah cukup membuat hidup kita tidak sebahagia sahabat2 nabi di zaman dahulu kala. Nauzubillah!! Dan apabila daulah islam runtuh, kita sebagai umat Islam dizalimi sebenarnya. Cukup sahaja apabila kita pelajar muslimah diminta melakukan benda yang bukan sepatutnya kita lakukan. Jika saya berikan contoh di sini, teramatlah banyaknya.

Hidup kita nih amat bernilai jika hati kita nih HIDUP. Dan hati hidup apabila:

* khusyuk di dalam solat
* apabila mendengar ilmu Allah, jiwa bergetar
* suka mendengar nasihat
* mudah menangis ttg Rabb kita

Di dalam kem ini juga terdapat slot bersama seorang Dekan di USM yang bertaraf professor. Beliau pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sudah tidak ingat di mana tetapi beliau mempunyai seorang kawan mat salleh tetapi memeluk agama islam. Kawan beliau itu mengambil jurusan islamic study. Beliau dan rakan serumah beliau hairan apabila dia menumpang di rumah mereka padahal kawan beliau itu sudah ditawarkan kerja. Apabila kawannya itu bercerita yang kerja yang ditawarkan itu dari pihak yang memusuhi Islam barulah mereka tahu kerja tersebut adalah mencipta pelan untuk menghancurkan umat Islam. Mana mungkin kawan beliau itu ingin menerima sedangkan dia beragama Islam..

Selagi kita hidup.. berkerjalah untuk Islam, moga menjadi salah satu usaha utk membangunkan Islam.. Seperti seekor burung yang mengambil air di paruhnya utk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.. InsyaAllah..

Sunday, November 18, 2007

VOLCANO





WHY DO VOLCANOES ERUPT
At about two miles below the surface of the earth the temperature is high enough to boil water. If it were possible to dig down 30 miles, the temperature would be about 2,200 degrees fahrenheit. This is hot enough even to melt rocks. At the centre of the earth scientists believe that the temperature could be as high as 10,000 degrees fahrenheit.

When rock melts, it expands and needs more space. When the pressure is greater than the roof of rock above it, it bursts out causing an eruption. When the pressure is greater then the roof of the rock above it, it bursts out causing an eruption. When the volcano erupts it throws out hot, gaseous liquid called lava or solid particles that look like cinders and ash. The material piles up around the opening and a cone-shaped mound is formed.





WHY ARE VOLCANIC BOMBS DANGEROUS?

A major volcanic eruption can send boulders flying high into the air. These boulders, called volcanic bomb, can be very large. Most of the material thrown of the erupting volcano is ash, which forms a huge cloud. Steam released and these can be extremely dangerous to bystanders.

On August 24, in the year AD 79, Mount Vesuvius, a volcano in Italy, violently erupted. The lava, stones, and ashes thrown up by the volcano completely buried two nearby towns.

Wednesday, November 14, 2007

WHY IS THE OCEAN SALTY??




Every now and then we come across a fact about our earth which mystifies us and for which no answer has yet been found. Such a fact is the existence of salt in the oceans. The answer is we simply don't know how the salt got into ocean. We do know that salt is water soluble and so passes into the oceans with rain water. The salt of the earth's surface is constantly being dissolved and is passing into the ocean.



If all the oceans were to dry up, enough salt would be left to build a wall 180 miles high and a mile thick. Such a wall would reach once around the world at equator. The common salt which we all use is produced from sea water or the water of salt lakes, from salt springs, and from deposits of rock salt. The concentration of salt in sea water ranges from about three per cent to three-and-one-half per cent. The Dead Sea which covers an area of about 340 squares miles, contains about 11,600,000,000 tons of salt.

Tuesday, November 13, 2007

MENGUAP??





Pada masa akan datang, sewaktu dalam mesyuarat, cuba buat uji kaji ringkas ini: menguap luas2 ttp tutup mulut anda sbg tanda menghormati orang lain, kemudian tunggu dan lihat berapa ramai lagi orang lain akan menguap. Ada kemungkinan anda akan menyebabkan beberapa orang lagi menguap.

Apa sebenarnya di sebalik misteri menguap yang berjangkit ini? Mula2 kita lihat apa yg dikatakan sebagai menguap.. Menguap adlh tndkn luar kawalan yg menyebabkan kita membuka luas mulut dan menarik nafas dgn dlm. Kita tahu bahawa ia tidak disengajakan krn kita menguap sebelum lahir lagi. Kajian menunjukkan janin berusia 11 minggu pun menguap.

Terdapat beberapa bahagian tubuh yg terlibat apabila anda menguap. Pertama, mulut anda terbuka dan rahang menurun, bagi membolehkan sebanyak mungkin udara masuk. Bila sedut, udara yg masuk memenuhi paru2 anda. Otot perut anda akan menegang dan diafragma akan tertolak ke bawah. Udara yg anda tarik masuk mengembangkan paru2 & sebahagian drpd udara ditiup keluar semula.

Namun terdapat pelbagai teori yg cuba menerangkan kenapa kita menguap. Di sini dikemukakan teori paling biasa:


TEORI FISIOLOGI

Badan kita menjadikan menguap sbg cara utk mnrik msk lebih byk oksigen or membuang karbon dioksida yg terkumpul. Teori ini menjlaskan knp kita menguap dlm kumpulan dlm kumplan. Kumpulan manusia yg lebih besar akan akan menghasilkan lebih karbon dioksida. Bagaimanapun persoalannya ialah, jika beriadah mengapa kita tidak menguap? Robert Provine, seorang ahli psikologi dr Universiti Maryland, Baltimore County, dan pakar dalam kajian menguap, telah menguji teori ini. Memberi oksigen tambahan kpd manusia tidak mnyebbkan mreka kurg mnguap manakala mengurangkan jumlah karbon dioksida dlm persekitaran seseorg tdk mncegah mereka drpd menguap.

TEORI EVOLUSI

Sesetengah orang berpendapat menguap bermula sejak zaman nenek moyang lagi. Mereka menguap untuk menunjukkan gigi mereka dan menakutkan pihak lawan. Satu cabang drpd teori ini menyatakan org2 dahulu menggunakan menguap sebagai isyarat bahawa kita perlu mengubah aktiviti.

TEORI KEBOSANAN

Dalam kamus, menguap dikatakan disebabkan oleh kebosanan, keletihan atau mengantuk. Walaupun kita biasanya menguap apabila bosan atau letih, teori ini tidak menerangkan mengapa ahli sukan olimpik menguap sblm mreka bertanding dalam acara mereka. Agak meragukan jika mereka jemu dgn dunia yg menyaksikan mereka..





FAKTA MENARIK MENGENAI MENGUAP


* Purata tempoh menguap adalah adalah kira2 6 saat
* Kadar degupan jantung bertambah 30 peratus sewaktu menguap
* 55 peratus org akan menguap dlm masa lima minit selepas melihat org lain menguap
* Orang buta akan menguap lebih kerap apabila mendengar rakaman org menguap
* Membaca mengenai menguap akan menyebabkan anda pun menguap samer..hehe..
* Ahli sukan Olimpik suke sangat menguap sebelum acara pertandingan

Wednesday, November 7, 2007

THE BEST CAMPING

Last weekend, I had participated a motivation camp organize by youth associations build human. At first, it dead boring but proven the camp is deeply interesting..


First day

Today not exist great deal of activity because us arrived at the camp Hanifa,Gopeng late afternoon. So, we only installing tent. But to our night time brighten up with activity challenge mind. We divided to several group and accept paper mahjong for each group. We instruct to draw our desire island right greatness of islam on it. From this activity I realized that a country of islam, between governance and religion could not be separated. For example, local mosque just for pray while administrative center in place of another. Islam is syumul. Complete in our life. Very complete.

Second day

This day we expose on the flow (science or sastera) that need we choose to receive next year (form 4). With Ibnu Sina as source of inspiration, we are told that make religion as core education first. Or fardhu ain first and then fardhu kifayah.
In the afternoon, we instruct to build ship puppet using paper mahjong. We also have to list all our supply if we are in long voyage to 'Benua Tunggal'. At last, we know what the meaning of this activity. Our life is like voyage and our world this temporary transit parable to 'akhirat'. And our supply is our 'ibadah' to Allah.

Third day

Today is the day most challenging activities. After marching we go to jungle tracking at nearby jungle. But we have to cross through the very swift river. During our trip in the jungle, we are doing practical of tayammum and took up whudu' use of water as many as one glass. After that we are doing Dhuha solah.



During the journey return, we have to across swifter river even more swift from pictures above.
We only prepared a string to avoid we drift. Now I realized something. The swift river like 'jahilliyah' and the string like our 'akidah' and 'iman'. If we not strong enough we will drift into 'jahilliyah' and will reach the end; HELL.

Monday, November 5, 2007

OUR NEXT 'ALAM'..




Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Tuesday, October 30, 2007

BiAr KaMu TiDak caNtik di MAtA PNdDuk BuMi teTapi NaMaMU M'Jadi PerBualaN P'Ddk LanGit

FIRMAN ALLAH:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri2 kamu, anak2 perempuan kamu, dan wanita2 BERIMAN melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yg BAIK2) maka dgn itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu"

SURAH AL-AHZAB AYAT 59




KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

PERTAMA

Bagi kebanyakan wanita, mereka merasakan aurat bagi wanita itu ialah hanya memakai tudung sahaja..padahal aurat kpd yg bukan muhrim ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Dari fahaman inilah timbulnya kesilapan yang seterusnya.

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu dedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali yang terzahir."

AN-NUR AYAT 31

KEDUA

Kesilapan seterusnya ialah 'bertudung' tetapi ber'T-shirt' lengan pendek. Masalah ini amat berhubung kait dengan masalah di atas. Masalah lain yang berkaitan ialah bertudung tetepi kebarungnya terbelah.

Hadis Rasulullah:

Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245)

KETIGA

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memamparkan bentuk kawasan2 yg menggoda. Cuba anda bayangkan, kekasih hati ingin menghadiahkan sesuatu kepada anda tetapi hadiah itu dibalut dgn sendat dan sempit. Bukankah anda sudah dapat meneka apakah hadiah tersebut. Jika pembalutnya 'plastik' lagilah anda dapat lihat hadiah tersebut dengan jelas. Jadi jika anda ingin mengalami nikmatnya surprise apabila membuka pembalut hadiah tersebut maka anda tidak akan dapat perolehinya.

KEEMPAT

Bertudung dan sempurna penutupan auratnya tetapi bermanja2kan suaranya ketika berinteraksi dgn lelaki . Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dgn pakaian cggihnya, seribu mata lelaki akan memandangnya. Suaranya yg merdu juga akn m'buatkan lelaki yg rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid itu mndendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari firman Allah SWT:
"Janganlah perempuan2 itu berlaku lemah dgn perkataannya, sbb akn menaruh harapan org yg dlm hatinya ada penyakit"
AL-AHZAB AYAT 32








Sunday, October 28, 2007

GRow YOUr CONFIdENCE


I MAY NOT BE THE BEST, BUT WHATEVER I DO, I DO MY VERY BEST.

FIRST THINGS TO CHANGE, I MUST CHANGE FIRST.

SEKIRANYA KITA
BETUL-BETUL HENDAK SESUATU LAZIMNYA KITA AKAN DAPAT.

SALAH SATU SIFAT YANG DIMILIKI OLEH JUARA IALAH MEREKA SENTIASA BERSIKAP POSITIF.

LAWAN JANGAN LAYAN PERASAAN MALAS.

PELAJAR RAJIN MENCARI JALAN, PELAJAR MALAS MEMBERI ALASAN.

PAKSA DIRI BUKAN MANJAKAN DIRI JIKA MAHU BERJAYA.



SEMUA A BUKAN SENANG, TAPI BUKAN MUSTAHIL.

I GO ALL OUT TO GET ALL "A"S!

THE SECRET OF SUCSESS IN JUST TWO WORDS, TRY HARDER.

IF IT'S TO BE IT'S UP TO ME.



"DAN TIDAK ADA BAGI MANUSIA ITU MELAINKAN APA YANG DIUSAHAKAN"
AN- NAJM:39


Monday, October 22, 2007

StuDy JerK x PEnat Ker?

Asyik study jer.. kome x penat ker?relaks..study x bergantung pada banyak masa yang kita belajar ttp bergantung banyak mana tanaga kita bagi menyerap ilmu..can u imagine? kelas tambahan punyer larr lamer,stp ari plk 2..bile kita letih minda kita juga akan letih.. justeru melemahkan tubuh bdn kita ,jadi bagi melancarkan proses pnyerapan ilmu,kita haruslah mempunyai tenaga yang cukup. bayakkan mandi supaya tubuh badan segar..

inilah antara tips2 yg parents saya syorkan dan melalui pengalaman saya sendiri:

* pertama sekali yg paling penting ialah semangat serta matlamat kita.pljr yg belajar tanpa matlamat ibarat melepaskan anak panah tanpa sasaran.jadi apa yg kita pelajari hanyalah sia2 belaka.kita berjaya bkn kerana guru,ibubapa tetapi diri kita sendiri.tidak pernah wujud pelajar yg bodoh tetapi pelajar yang kurang faham.jadi kita perlulah memberi seratus peratus tumpuan di dalam kelas.

*second is our God.kita mesti tahu bahawa Allah-lah yg mengurniakan segala jenis kejayaan.tanpa keizinan Allah nescaya tidak akan dtg kpd kita nikmat tersebut.berdoalah selalu.. sesungghnya Allah berfirman; 'berdoalah kpd-Ku nescaya akan aku perkenankan kpd-mu' atas perinsip inilah yang saya pegang.Allah sentiasa melihat dan mendengar hambanya jadi mengapa perlu kita lupa kpd Sang Pencipta?bila kita jumpa satu soalan yg kita buntu utk mdpt jwpn..mengapa tidak kita meminta tolong kepada Allah?

*tips ini saya peroleh dari kakak saudara saya..utk m'duduki peperiksaan besar spt pmr and spm, dinasihatkan byk membuat latihan..apbl buka sekolah,lebih kurang tempoh 10 bln utk m'duduki peperiksaan tersebut..jadi 5 bln pertama,pulunlah habiskan silibus dan 5 bln lagi hanya diisikan dgn latihan dari buku sekolah mahupun dibeli di kedai..lakukan sehingga kita nak termuntah pun tidak mengapa..yakinlah,soalan yg keluar pun lebih kurang samer jek..

colour banyak membantu kita terutama merangsang sel2 di dalam otak..jadi beli sebuah buku rujukan khas ttg mata pljrn yg kita peljari di mana kita bebas menconteng apa sahaja.. jadi isi penting kita highlight or kaler dgn warna yg garang,isi kurg penting warna yg sederhana dan x pntg lgsg tpi takut keluar exam warna yg lembut..harap berjaya bermain dgn warna.

Saturday, October 20, 2007

my new experience

this is my first time creating a blog..sekarang saya berada di cameron highland dan mengikuti satu kursus khas yang dipelopori oleh ayah saya yang mendedahkan kepada orang akan kepentingan blog dan sekarang saya mempunyai blog.moga perkara-perkara yang berfaedah dapat diisi melalui blog ini..insyaAllah..keadaan di cameron amat sejuk disebabkan cuaca yang hujan-hujan renyai.. moga tak beku malam nih..