Sesungguhnya perginya Rasulullah memberi banyak harta pusakanya kpd umatnya. Harta ini pula tidak akan habis malah apabila mengunakannya bertambah lagi ganjaran kita serta sentiasa di dalam hidayah-Nya. Ini ada disebut di dalam hadis;
'aku tinggalkan kpd engkau dua perkara nescaya engkau tidak akan sesat utk selamanya; iaitu Al-Quran dan As-sunnah'
Sesungguhnya sunnah-sunnah Nabi memang amat menakjubkan. Sesuatu yang tidak dijangka manfaatnya. Salah satu sunnah ialah sentiasa BERSUGI, mudah bukan? Tetapi ia mengandungi seribu satu rahsia.
Ini terdapat dalam blog Rawatan Kesihatan yang menerangkan mengapa kita perlu bersugi atau memberus gigi. 'Rahsia gigi adalah suatu jasad kenyal di dalam rahsia tulang. Oleh itu, gosoklah gigi anda selalu untuk menghasilkan tenaga kinetik atau geseran' ini adalah antara penerangan Dr. Ariffaizal di dalam blognya. Beliau juga menerangkan salah satu sunnah nabi juga iaitu bersahur. Apa yang saya faham ialah apabila kita bersahur ia akan memerangkap getaran bunyi frekuensi biru sekaligus menjadi penawar untuk meneutralkan keracunan makanan atau ketempangan kimia.
No comments:
Post a Comment