MUJAHID TEGAR
hai mujahid tegar,
maju ke hadapan,
ummah runtuh rebah,
kita bangunkan.
jangan takut jangan gentar,
tegak kebenaran,
berani kita kerana Allah satu kemenangan,
berani kita bersama Allah satu kehebatan,

HUH!!
Dari lirik lagu ini sahaja telah memberi kesan yang besar dalam diri saya. Di kem ini saya disedarkan betapa runtuhnya ummah kita pada hari ini. Suatu masa dahulu di mana zaman sahabat nabi, Saidina Umar membaca surah Al-Qiamah boleh pengsan ketika mengimami satu solat. Tetapi kita hari ini membaca Al-Quran seolah-olah tidak merasai apa-apa pun. Lebih teruk lagi apabila kita melakukan dosa serta melihat maksiat tanpa rasa takut sekali pun.
Terlupakah kita akan balasan Allah di akhirat kelak? Tidak cukup di akhirat sahaja tetapi kita sedikit demi sedikit mendapat balasan dari Allah. Dengan mendapat seorang ayah atau abang perokok? Sudah cukup membuat hidup kita tidak sebahagia sahabat2 nabi di zaman dahulu kala. Nauzubillah!! Dan apabila daulah islam runtuh, kita sebagai umat Islam dizalimi sebenarnya. Cukup sahaja apabila kita pelajar muslimah diminta melakukan benda yang bukan sepatutnya kita lakukan. Jika saya berikan contoh di sini, teramatlah banyaknya.
Hidup kita nih amat bernilai jika hati kita nih HIDUP. Dan hati hidup apabila:
* khusyuk di dalam solat
* apabila mendengar ilmu Allah, jiwa bergetar
* suka mendengar nasihat
* mudah menangis ttg Rabb kita
Di dalam kem ini juga terdapat slot bersama seorang Dekan di USM yang bertaraf professor. Beliau pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sudah tidak ingat di mana tetapi beliau mempunyai seorang kawan mat salleh tetapi memeluk agama islam. Kawan beliau itu mengambil jurusan islamic study. Beliau dan rakan serumah beliau hairan apabila dia menumpang di rumah mereka padahal kawan beliau itu sudah ditawarkan kerja. Apabila kawannya itu bercerita yang kerja yang ditawarkan itu dari pihak yang memusuhi Islam barulah mereka tahu kerja tersebut adalah mencipta pelan untuk menghancurkan umat Islam. Mana mungkin kawan beliau itu ingin menerima sedangkan dia beragama Islam..
Selagi kita hidup.. berkerjalah untuk Islam, moga menjadi salah satu usaha utk membangunkan Islam.. Seperti seekor burung yang mengambil air di paruhnya utk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.. InsyaAllah..

No comments:
Post a Comment