Tuesday, October 30, 2007

BiAr KaMu TiDak caNtik di MAtA PNdDuk BuMi teTapi NaMaMU M'Jadi PerBualaN P'Ddk LanGit

FIRMAN ALLAH:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri2 kamu, anak2 perempuan kamu, dan wanita2 BERIMAN melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yg BAIK2) maka dgn itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu"

SURAH AL-AHZAB AYAT 59




KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

PERTAMA

Bagi kebanyakan wanita, mereka merasakan aurat bagi wanita itu ialah hanya memakai tudung sahaja..padahal aurat kpd yg bukan muhrim ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Dari fahaman inilah timbulnya kesilapan yang seterusnya.

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu dedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali yang terzahir."

AN-NUR AYAT 31

KEDUA

Kesilapan seterusnya ialah 'bertudung' tetapi ber'T-shirt' lengan pendek. Masalah ini amat berhubung kait dengan masalah di atas. Masalah lain yang berkaitan ialah bertudung tetepi kebarungnya terbelah.

Hadis Rasulullah:

Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245)

KETIGA

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memamparkan bentuk kawasan2 yg menggoda. Cuba anda bayangkan, kekasih hati ingin menghadiahkan sesuatu kepada anda tetapi hadiah itu dibalut dgn sendat dan sempit. Bukankah anda sudah dapat meneka apakah hadiah tersebut. Jika pembalutnya 'plastik' lagilah anda dapat lihat hadiah tersebut dengan jelas. Jadi jika anda ingin mengalami nikmatnya surprise apabila membuka pembalut hadiah tersebut maka anda tidak akan dapat perolehinya.

KEEMPAT

Bertudung dan sempurna penutupan auratnya tetapi bermanja2kan suaranya ketika berinteraksi dgn lelaki . Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dgn pakaian cggihnya, seribu mata lelaki akan memandangnya. Suaranya yg merdu juga akn m'buatkan lelaki yg rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid itu mndendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari firman Allah SWT:
"Janganlah perempuan2 itu berlaku lemah dgn perkataannya, sbb akn menaruh harapan org yg dlm hatinya ada penyakit"
AL-AHZAB AYAT 32








No comments: