Tuesday, November 13, 2007

MENGUAP??





Pada masa akan datang, sewaktu dalam mesyuarat, cuba buat uji kaji ringkas ini: menguap luas2 ttp tutup mulut anda sbg tanda menghormati orang lain, kemudian tunggu dan lihat berapa ramai lagi orang lain akan menguap. Ada kemungkinan anda akan menyebabkan beberapa orang lagi menguap.

Apa sebenarnya di sebalik misteri menguap yang berjangkit ini? Mula2 kita lihat apa yg dikatakan sebagai menguap.. Menguap adlh tndkn luar kawalan yg menyebabkan kita membuka luas mulut dan menarik nafas dgn dlm. Kita tahu bahawa ia tidak disengajakan krn kita menguap sebelum lahir lagi. Kajian menunjukkan janin berusia 11 minggu pun menguap.

Terdapat beberapa bahagian tubuh yg terlibat apabila anda menguap. Pertama, mulut anda terbuka dan rahang menurun, bagi membolehkan sebanyak mungkin udara masuk. Bila sedut, udara yg masuk memenuhi paru2 anda. Otot perut anda akan menegang dan diafragma akan tertolak ke bawah. Udara yg anda tarik masuk mengembangkan paru2 & sebahagian drpd udara ditiup keluar semula.

Namun terdapat pelbagai teori yg cuba menerangkan kenapa kita menguap. Di sini dikemukakan teori paling biasa:


TEORI FISIOLOGI

Badan kita menjadikan menguap sbg cara utk mnrik msk lebih byk oksigen or membuang karbon dioksida yg terkumpul. Teori ini menjlaskan knp kita menguap dlm kumpulan dlm kumplan. Kumpulan manusia yg lebih besar akan akan menghasilkan lebih karbon dioksida. Bagaimanapun persoalannya ialah, jika beriadah mengapa kita tidak menguap? Robert Provine, seorang ahli psikologi dr Universiti Maryland, Baltimore County, dan pakar dalam kajian menguap, telah menguji teori ini. Memberi oksigen tambahan kpd manusia tidak mnyebbkan mreka kurg mnguap manakala mengurangkan jumlah karbon dioksida dlm persekitaran seseorg tdk mncegah mereka drpd menguap.

TEORI EVOLUSI

Sesetengah orang berpendapat menguap bermula sejak zaman nenek moyang lagi. Mereka menguap untuk menunjukkan gigi mereka dan menakutkan pihak lawan. Satu cabang drpd teori ini menyatakan org2 dahulu menggunakan menguap sebagai isyarat bahawa kita perlu mengubah aktiviti.

TEORI KEBOSANAN

Dalam kamus, menguap dikatakan disebabkan oleh kebosanan, keletihan atau mengantuk. Walaupun kita biasanya menguap apabila bosan atau letih, teori ini tidak menerangkan mengapa ahli sukan olimpik menguap sblm mreka bertanding dalam acara mereka. Agak meragukan jika mereka jemu dgn dunia yg menyaksikan mereka..





FAKTA MENARIK MENGENAI MENGUAP


* Purata tempoh menguap adalah adalah kira2 6 saat
* Kadar degupan jantung bertambah 30 peratus sewaktu menguap
* 55 peratus org akan menguap dlm masa lima minit selepas melihat org lain menguap
* Orang buta akan menguap lebih kerap apabila mendengar rakaman org menguap
* Membaca mengenai menguap akan menyebabkan anda pun menguap samer..hehe..
* Ahli sukan Olimpik suke sangat menguap sebelum acara pertandingan

No comments: