18 - 29 Januari merupakan hari2 yang aku paling bahagia sepanjang aku hidup, ini kerana Allah beri kesempatan pada aku utk menjadi tetamu Nya. Reason knp aku post kat blog ni pun sebenarnya utk berkongsi pengalaman aku di tanah suci mekah dah madinah. Seperti mimpi bila Allah izin dan mudahkan urusan aku ke sana. Disebabkan aku pergi dengan bapak tiri makanya urusan nak pergi tu agak susah la jugak sebab Arab Saudi dah tetapkan perempuan yg bawah 45 tahun nak pergi sana kene ada mahram.
Bapak tiri is a good mahram..or muhrim.. but many documents that need to be authorised contohnya sijil nikah ayah dan umi aku, ic adik lelaki aku, letter of consent n so on. Ambik masa jugak nak kumpulkan semua dokumen2 tu tpi klau yg xde masalah sekejap jer dah boleh siap. Disebabkan aku x cuti lagi dan tarikh berangkat tu 2 hari lepas aku habis exam, urusan tersebut tertangguh dan lengthy. Dua tiga kali jugak la aku ulang alik ipoh nilai sebab nak setel bende2 tu semua.
Hati ni gusar jugak sebab aku takut umrah tahun ni mak dan ayah aku macam fifty2 nak pergi ke tak sebab abang aku sakit, klinik under renovation n so on. Lepas tahu tu aku pun tidak meletakkan harapan menggunung tinggi sebab mungkin bukan rezeki aku, dan aku berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan Alhamdulillah sampai jugak aku ke sana. Alhamdulillah ya Allah.
Dan tahun ini my parents memilih agency umrah dan ziarah di bawah Zainal Kembara Sdn Bhd. Service tip top, boss die ikut sekali so urusan mcm mudah dan cepat skit sebab die tau port2 mana yg x ramai org dan selesa. Dan jumlah jemaah utk sesi Januari sekitar 14 org sahaja. Ya sikit daripada biasa yg beratus2 tu, tpi selepas pengamatan aku, yang sikit tu la sebenarnya selesa lebih skit, pergerakan berkumpulan pun lagi lancar dan tidaklah memakan masa. Bayangkan lepas turun flight, kene tunggu bagasi, keluar, cek visa bagai, dan kene tunggu seratus org baru boleh gerak, mau tak tertido kat airport tu.
Dan kebiasaannya, jemaah umrah akan dibawa ziarah ke Madinah dahulu sebelum ke Mekah menunaikan umrah, tapi kali ni kami pergi ke Mekah dahulu barulah ke Madinah. Aku tertanya2 juga sebelum pergi tu, biasalah first time, apa sebenarnya beza pergi Mekah or Madinah dahulu? Bace kat blog2 kebanyakannya akan ke Madinah dahulu. My mum said, same jer, cumenye diorang xyah niat ihram dalam flight, xyah pakai pakaian ihram dalam flight, n xyah jaga 13 pantang larang ihram tu dalam flight.
Tapi kitorang kene terus berpakaian ihram dari airport lagi, yang laki memang naik flight pakai kain ihram yg x berjahit tu, dan kene aware, bile Haji Zainal (boss merangkap tourist guide ) bagi signal, hendaklah kami semua berniat ihram lebih kurang sejam sebelum landing ke Jeddah sebab kapal terbang tu melalui kawasan miqat umrah utk mereka yg datang melalui kapal terbang.
Ape jer yang aku bawak pergi ke sana ya? Seperti orang lain, aku bawak baju2 yang secukupnya, sweater sbb org kate sejuk kat sane, tpi sejuk nye time subuh n malam jer, bile tengahari xde la sejuk mane, biasa jer. Tidak ku sangka pesanan2 kawan2 aku utk membawa losyen sebab nnt kering itu penting. Sebab aku amat tidak suke pakai losyen, dan bile x pakai muke dan bibir jadi kering, macam ada lapisan lain kat muke. Bile pakai bedak pun nmpak la garisan2 kulit mengelupas kat muke. Alhamdulillah mak aku bwk soothing gel alovera yg colourless tu, dan cepat serap ke muka. Xde la berminyak2 bagai mcm losyen. Sebelum keluar bilik jer memang kene pakai sbb muka aku dah burn dah bile x pakai dan sakit pedih jugak la. Mak cik yg ikut sekali tu nasihatkan spy beli jer purdah yg getah kat belakang tu and pakai bile kuar sbb habuk dan sebagainya. Kalau pkai mask takut x selesa and susah nak bukak pakai balik. Make sense dan mudah jugak.
3 comments:
Alhamdulillah
Compared with my last tour, I think it was a lot improved than this. Thank you for your hajj services 2014 Ilinktours.com. Soon I will get back your Hajj and Umrah services.
Umrah Packages
Post a Comment