Sunday, July 25, 2010

cuti juga akhirnya..

alhamdulillah..
dengan izin Allah sampai juga saya di bumi ipoh perak..
tetapi, banyak juga halangan yang terpaksa ditempuh untuk sampai ke sini..

sebelum bertolak pulang saya amat2 keletihan dan plan untuk pulang malam jumaat itu saya rasa amat mustahil.. ini kerana assignments yang meletihkan sehingga 2.30pagi baru mata boleh terlelap..

hari jumaat itu kelas habis pkul 6.30ptg tetapi entah mengapa pakcik bas menuggu sehingga pkul 7.00mlam.. dan sampai di kolej kediaman sekitar jam 7.30mlm begitu..
menurut akal saya merasakan amat mustahil untuk pulang malam itu juga..tiket pun kami tak beli lagi..

tetapi, kawan sebilik saya amat2 mahu pulang malam itu juga.. kerana keluarganya dan masalah lain..jadi, saya membuat keputusan untuk mencuba nasib malam itu untuk pulang..alhamdulillah ada kawan yang sudi menumpangkan saya ke ktm nilai..

sampai di ktm nilai sekitar 9.00 malam begitu dan kami tiba di kl sentral sekitar jam 11.00 malam..dan apa yang kami takuti terjadi..tiada tiket train..memang berdasarkan logik memang xder tiket pun..tak tahu kenapa kami bertindak segila ini..

jadi kami menaiki teksi ke hentian jalan duta..pakcik teksi itu amat baik sekali..memberi tambang yang agak murah dan sanggup menunggu kami sehingga kami membeli tiket..
tapi dengan izin Allah tiket ke ipoh juga habis..

tiket yang paling awal pula pada pkul 8.15pagi..

jadi kami bercadang utk membeli tiket itu dan bermalam di surau di perhentian jalan duta ini..
namun..berdasarkan kertas tertampal di depan pintu surau akan ditutup pada 12tgh malam itu..
ape? surau pun kene tutup ker?
mushkilah...mushkilah..

dan bincang punye bincang ade makcik Jannah (kwn sbilik) ingin menghulurkan bantuan dengan menumpangkan kami malam itu di rumahnya sekitar kepong..

sedang kami lepak2 dan buka internet di surau tiba2..

"tuk2.."

pintu diketuk..dan perlahan2 kami membuka pintu..rupe2nye guard ketuk suruh keluar.. kami pun bagitahu

"pak cik..nnti ader org nak ambik kami..boleh kami dduk sni kejap?"

dan alhamdulillah pak cik tu setuju...

dan sdg leka kami beristirehat..(main komputer lagi) pintu diketuk sekali lagi sekitar jam 1.15pagi..

dan kami berpandangan dan amatlah suspens..adakah pakcik itu mahu kami keluar skrg?

dan alhamdulillah rupa2nya mak cik Jannah dah sampai untuk ambik kami..lega kami..

kami pun sggah ke kedai mak cik tersebut..dan dijamu dgn burger abalong..perh...sedap sangattttt!

dan kami tiba di rumah mak uda sekitar pkul 2 pagi..

perkara pertama yg saya perasan mengenai rumah itu ialah kucing! Kucing2 di rumah itu terlalu comel dan manja sekali..

dan kami selamat mendarat ke bahtera lena pada jam 2.3opagi...

dua hari berturut2 saya tidur selambat itu..

keesokan paginya hendak dipendekkan cerita kami tiba di perhentian jalan duta sekitar jam 8pagi..

dan selamat sampai ke ipoh sekitar jam 10.30 pagi..

Alhamdulillah..

perkara pertama yg saya lakukan apabila tiba di ipoh ialah memandang wajah ibu bapa saya.. alangkah terlalu rindunya saya..

walaupun letih saya gagahkan diri membantu mereka mengendalikan seminar yang dilakukan di hotel hillcity..

saya terlalu gembira pada hari itu..dan malam saya menjejakkan kaki di rumah..bertemu adik dan abang dan terbaru utk saya ialah anak2 buah..arham dan nabihah..comel..petah berkata...
they call me mak uda..(sort of)..

walaupun perit pglaman ketika mahu pulang tetapi Allah balas dgn kegembiraan saya di sini.. dan disini saya mendapat pelajaran:

  1. jangan buat kerja last minute..terutama utk assignments..dan paling penting beli tiket awal2
  2. better ambik bas di seremban bukan kl sentral
  3. sentiasa meletakkan Allah di tempat pertama untuk kita meminta bantuan...kita perlu ada rasa kebergantungan kepada Allah dengan sebenar2nya..
  4. sentiasa bersyukur
sekian~

Saturday, July 17, 2010

konsert Shoutul Harakah, satu memori!!

Alhamdulillah...saya diizinkan Allah untuk menghadiri ke konsert Demimu Al-Aqsa memandangkan tempat konsert tersebut paling dekat dgn kolej kediaman saya..

Hati perlu disensitifkan dgn hal palestin..jadi saya menjejakkan kaki ke sana juga..Alhamdulillah..
dan persembahan yg saya sangat nanti2kan ialah konsert Shoutul Harakah sebab lagunya membangkitkan semangat saya utk terus berjihad tidak kira dari jihad dari segi apa pun..

dan semestinya saya dan rakan saya mendominasikan barisan hadapan di menghadap pentas. dan semangat yang kami tunjukkan sudah semestinya tinggi..tangan tidak membisu..sentiasa mengibar dan bergerak..

saya juga menghafal dan amat menyukai lagu mereka..dan sebab itu mungkin saya dan rakan banyak kali menjadi fokus di kamera dan kami terpampar di skrin besar di stadium itu..

dan saya seperti diketuk kepala selepas menghadiri program sebegini...
rakyat pelestin berkorban,rindukan syahid,tidak memandang dunia..
tetapi saya?
apa sumbangan saya utk agama Allah?
apa ertinya saya memeluk agama Islam?
masyaAllah...
banyak perkara belum diselesaikan lagi..banyak matlamat belum dicapai..

Allah melihat pada usaha bukan natijah..
adakah aku berusaha bersungguh-sungguh?

dan selepas usai konsert..saya singgah ke booth ShouHar..dan akhi Chandra di situ melayan peminat..saya dengan tidak melepaskan peluang membeli cd persembahan mereka di Stadium Melawati..yang dulu saya hadiri juga..dan meminta tandatangan beliau..

dan beliau berkata kepada kami..
'awakkah yang berada di depan itu?'

saya menjawab,
'ya, sayalah tu..'

akhi chandra membalas,
'bagus berada di barisan hadapan...(saya tak berapa jelas kata2nya)'

dan akhi Chandra menandatangani cd yg kami beli dengan kata2nya..

To: Asma, Mariah & Jannah
From: Chandra Shouhar

" Jadilah muslimah sejati pendamping mujahid Allah "

kata2nya ringkas tetapi amat mendalam maknanya...saya terlalu gembira dan seakan2 tidak percaya apa yang berlaku tadi..masyaAllah..
Alhamdulillah...

Tuesday, July 13, 2010

cabaran di SINI..

salam...
sudah lama rasanya tidak menulis blog walaupun setiap hari saya online..
sebelum memasuki dunia universiti ramai abang2 dan kakak2 universiti kata mengatakan bahawa kehidupan universiti ini terlalu jauh beza dengan kehidupan di sekolah..

dan saya terfikir apa bezanya? belajar kan sama sahaja di mana-mana sahaja?

dan bila saya sendiri menjejaki ke universiti saya dapat merasai sendiri perbezaannya..

  1. semua perkara perlu dilakukan sendiri. Kalau di STAm di Hidayah dulu kerja kami senang kerana guru memberi makna satu persatu dan bila tak faham boleh bertanya meskipun soalan itu jauh menyimpang. Tetapi di sini, segala2nya perlu cari sendiri. Memandangkan kami pelajar tamhidi syariah dan undang2, maka subjek arab kami banyak dan proses utk memahami dan mencari makna itu amat mencabar. Dan our teacher always say "beware of questions when you want to ask me. think first because i don't like to answer ridiculous questions". see...
  2. assignment yang berlambak dan meletihkan. thanks to those assignments cause they make usim's library my second home here.
  3. berada di persimpangan antara assignment dan program/usrah. kadang2 terfikir bahawa lebih baik habiskan masa di bilik sambil menghadap assignment dari pergi program..itulah ujian terbesar setakat ini. Luangkan masa dengan Allah atau dengan dunia? Ya Allah jauhkanlah sifat pemalas di dalam diriku ya Allah..konsistenkan aku di jalan dakwah dan tarbiyah ini..
  4. pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tiada batasan. kadang2 kita gunakan tiket study group utk bersenda gurau..bertepuk tampar..berbalas senyum..adakah itu diterima syarak di sisi Allah? adakah Allah suka perkara tersebut??
  5. tidak seluruh masa kita ini di dalam suasana mengingati Allah..kita kena berusaha sedaya mencari suasana yang sentiasa mengingati Allah...
jadi..bersedialah menghadapi semua ini..lihat ini sebagai ujian dan setiap ujian yang Allah beri merupakan tarbiyah mendidik hati menjadi lebih lunak..insyaAllah...dan setiap kesusahan itu terselit nikmat..

Tuesday, June 22, 2010

subject saya di dalam course tamhidi syariah dan undang-undang

salam..
bagi adik-adik atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil course syariah dan undang-undang ini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang subjek-subjek yang terdapat dalam course ini..

pertama
Introduction to Law.. dalam subject ni kita didedahkan tentang malaysia legal system, english law (common law), difference between civil and criminal law and their terminology, federal constitution, dan lain-lain lagi.

kedua
english I and english II.
kami pelajar law wajib untuk mendapatkan band 4 in muet. Jadi outomatiknya kami kene work hard double daripada pelajar science technology dan medic memandangkan mereka perlu mencapai band 3 sahaja untuk menyambungkan pelajaran.
dan semester dua nanti kami akan belajar tentang legal english for law.

ketiga
mabadi' ila syariah islamiah (usul fiqh)..ya..subject ini di dalam bahasa arab dan lecturer kami juga memberi syarahan dalam bahasa arab. Jadi sebelum masuk ke kelas kami perlu menyiapkan ketahanan mental dan fizikal untuk memahami subject berkenaan.

keempat
madhkal ila fiqhiyyah..dalam bahasa arab juga dan penerangan dalam bahasa arab semestinya. pendek cerita, semua lecturer menggunakan bahasa arab dan sangat sedikit bahasa malaysia yang keluar dari bibir-bibir mereka. Dan subject ini berkenaan sejarah2 berkenaan fiqh.

kelima
quranic dan hadith for science social. well, nampak macam english but..totally arabic!!

keenam
bahasa arab I dan bahasa arab II. Belajar tentang bahasa arab, nahu dan sorof. So nota2 arab spm jangan buang (pengajaran utk diri sendiri).

ketujuh
ICT skill. Untuk lawyer tidak dapat tidak untuk tahu guna komputer..nak cari kes2 dan lain.


well, apa yang best course lawyer di usim ini meskipun sarjana muda mengambil masa lima tahun, ijazah kami termasuk syariah dan sivil law. Tak semua universiti buat begitu..dan hanya USIM sahaja yang melakukannya setakat ini..

jadi, nak jadi lawyer?

Thursday, May 27, 2010

Aku melangkah ke dunia yang baru


23 mei 2010 lepas saya melangkah ke dunia yang baru. Ke dunia universiti.. Dunia kampus.. Dunia menara gading dan sebagainya. Universiti yang menjadi pilihan saya ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan.

Mengapa saya memilih usim?

Pertama sekali ialah kerana suasana di USIM itu merupakan satu bi'ah yang soleh. Ini kerana majoriti pelajar yang memasuki USIM ialah pelajar-pelajar agama. Ini kerana syarat kemasukan ke universiti ini memerlukan Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah. Dan secara automatiknya semua pelajar adalah pelajar islam.

Kedudukan USIM juga menarik, kerana universiti ini berada di pekan Nilai, Negeri Sembilan yang merupakan syurga membeli baju, karpet dan seumpamanya. Ini satu bonus kepada ibu saya yang ingin menghantar dan mengambil saya.

Course saya di USIM?

Saya telah melatakkan Tamhidi Syariah dan Undang-undang sebagai pilihan pertama saya sewaktu permohonan UPU.

kenapa Syariah Law?

Kerana saya berminat untuk mendalami ilmu syariah dengan lebih mendalam kerana saya tidak betah melihat orang yang bukan islam memiliki PhD dalam bidang ilmu umat Islam.

Saya mahu menguasai ilmu ini kerana umat Islam perlu mengusai ilmu umat Islam ini. Dan yang paling penting ialah saya mendapat pahala kerana belajar ilmu berkenaan undang-undang Allah. InsyaAllah.

Setakat ini saya tak dapat komen bagaimana pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung kerana akibat beberapa masalah kelas mungkin akan bermula minggu depan. Moga Allah permudahkan.

Kolej kediaman?

Saya menetap di kolej kediaman nilam di Camelia Court, Nilai Impian, Nilai. Jarak kolej kediaman dan kampus dalam sekitar 15-20Km begitu. Jadi, tidak dapat tidak kami terpaksa menaiki bas yang disediakan dalam sekitar 7.00pagi meskipun kelas bermula 9pagi begitu. Cuti semester ini juga menyulitkan lagi masalah dengan keterhadnya bas di sekitar kampus. Menurut pihak atasan, kami dimaklumkan bahawa pengangkutan awam di Nilai ini hampir tiada. Jadi, ini merupakan satu masalah buat kami.

Cabaran?

Jarak yang jauh menyukarkan perjalanan kami. Kemudahan serta kemudahan keperluan runcit dan komputer juga menyulitkan lagi masalah. Tetapi saya yakin bahawa setiap kesusahan terselit nikmat. InsyaAllah. Dokan segalanya berjalan lancar..

Sunday, May 9, 2010

Hati terseksa bila mengharap..


Hari ini sengaja saya nak mengupas sesuatu yang saya rasa ingin berkongsi..
Apa yang jelas apa yang saya lihat ialah hati kita ini akan terseksa apabila kita melakukan sesuatu yang larang..
sebagai contoh, 'couple'..

tidakkah hati kita akan sakit jika tiba2 pakwe kita mesra dengan wanita lain?
tidakkah hati kita perit apabila mesej kita tidak berbalas..
tidakkah hati kita terseksa menahan rindu apabila sudah lama tidak bertemu..
yang paling penting ialah kita hipokrit!! berpura2 baik demi mengambil hati kekasih..

ini saya mahu berkongsi nasyid yang mungkin bisa mengetuk hati dan fikiran kita utk bermuhasabah sebentar..

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya