Saturday, July 17, 2010

konsert Shoutul Harakah, satu memori!!

Alhamdulillah...saya diizinkan Allah untuk menghadiri ke konsert Demimu Al-Aqsa memandangkan tempat konsert tersebut paling dekat dgn kolej kediaman saya..

Hati perlu disensitifkan dgn hal palestin..jadi saya menjejakkan kaki ke sana juga..Alhamdulillah..
dan persembahan yg saya sangat nanti2kan ialah konsert Shoutul Harakah sebab lagunya membangkitkan semangat saya utk terus berjihad tidak kira dari jihad dari segi apa pun..

dan semestinya saya dan rakan saya mendominasikan barisan hadapan di menghadap pentas. dan semangat yang kami tunjukkan sudah semestinya tinggi..tangan tidak membisu..sentiasa mengibar dan bergerak..

saya juga menghafal dan amat menyukai lagu mereka..dan sebab itu mungkin saya dan rakan banyak kali menjadi fokus di kamera dan kami terpampar di skrin besar di stadium itu..

dan saya seperti diketuk kepala selepas menghadiri program sebegini...
rakyat pelestin berkorban,rindukan syahid,tidak memandang dunia..
tetapi saya?
apa sumbangan saya utk agama Allah?
apa ertinya saya memeluk agama Islam?
masyaAllah...
banyak perkara belum diselesaikan lagi..banyak matlamat belum dicapai..

Allah melihat pada usaha bukan natijah..
adakah aku berusaha bersungguh-sungguh?

dan selepas usai konsert..saya singgah ke booth ShouHar..dan akhi Chandra di situ melayan peminat..saya dengan tidak melepaskan peluang membeli cd persembahan mereka di Stadium Melawati..yang dulu saya hadiri juga..dan meminta tandatangan beliau..

dan beliau berkata kepada kami..
'awakkah yang berada di depan itu?'

saya menjawab,
'ya, sayalah tu..'

akhi chandra membalas,
'bagus berada di barisan hadapan...(saya tak berapa jelas kata2nya)'

dan akhi Chandra menandatangani cd yg kami beli dengan kata2nya..

To: Asma, Mariah & Jannah
From: Chandra Shouhar

" Jadilah muslimah sejati pendamping mujahid Allah "

kata2nya ringkas tetapi amat mendalam maknanya...saya terlalu gembira dan seakan2 tidak percaya apa yang berlaku tadi..masyaAllah..
Alhamdulillah...

1 comment:

Syimir Yunusi said...

untukmu jiwa2 kami..
untukmu darah kami..
untukmu jiwa dan darah kami..
wahai al-aqsa tercinta..
sy juga mndokong jihad rakyat palestin..
sama2 kita doakan mereka..