sudah lama rasanya tidak menulis blog walaupun setiap hari saya online..
sebelum memasuki dunia universiti ramai abang2 dan kakak2 universiti kata mengatakan bahawa kehidupan universiti ini terlalu jauh beza dengan kehidupan di sekolah..
dan saya terfikir apa bezanya? belajar kan sama sahaja di mana-mana sahaja?
dan bila saya sendiri menjejaki ke universiti saya dapat merasai sendiri perbezaannya..
- semua perkara perlu dilakukan sendiri. Kalau di STAm di Hidayah dulu kerja kami senang kerana guru memberi makna satu persatu dan bila tak faham boleh bertanya meskipun soalan itu jauh menyimpang. Tetapi di sini, segala2nya perlu cari sendiri. Memandangkan kami pelajar tamhidi syariah dan undang2, maka subjek arab kami banyak dan proses utk memahami dan mencari makna itu amat mencabar. Dan our teacher always say "beware of questions when you want to ask me. think first because i don't like to answer ridiculous questions". see...
- assignment yang berlambak dan meletihkan. thanks to those assignments cause they make usim's library my second home here.
- berada di persimpangan antara assignment dan program/usrah. kadang2 terfikir bahawa lebih baik habiskan masa di bilik sambil menghadap assignment dari pergi program..itulah ujian terbesar setakat ini. Luangkan masa dengan Allah atau dengan dunia? Ya Allah jauhkanlah sifat pemalas di dalam diriku ya Allah..konsistenkan aku di jalan dakwah dan tarbiyah ini..
- pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tiada batasan. kadang2 kita gunakan tiket study group utk bersenda gurau..bertepuk tampar..berbalas senyum..adakah itu diterima syarak di sisi Allah? adakah Allah suka perkara tersebut??
- tidak seluruh masa kita ini di dalam suasana mengingati Allah..kita kena berusaha sedaya mencari suasana yang sentiasa mengingati Allah...
jadi..bersedialah menghadapi semua ini..lihat ini sebagai ujian dan setiap ujian yang Allah beri merupakan tarbiyah mendidik hati menjadi lebih lunak..insyaAllah...dan setiap kesusahan itu terselit nikmat..
No comments:
Post a Comment