We are gonna be Senior!!
Kepada semua sahabat2 ana yang dikasihi kerana Allah, sedar tidak sedar kita sudah melangkah lagi satu tapak ke tangga yang tertinggi di bumi Hidayah yang diberkati. Mungkin tahun depan merupakan tahun yang terakhir bagi sesetengah daripada kita yang tidak bercadang untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat STAM. Jadi kita akan jadi pemimpin dan ikutan adik-adik. Imej Hidayah itu sendiri terletak di bahu kita sebenarnya.. Jadi ana dengan rendah hatinya ingin mengingatkan teman-teman dan diri sendiri juga akan akan beberapa perkara untuk kita menempuh alam 'senior' di sekolah kita yang tercinta.
FIRST Ilmu itu penting kerna dengan ilmu iman kita insyaAllah akan bertambah. Malah menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas merupakan satu jihad dimana pahalanya menyamai berperang di jalan Allah. Jika kita dengan izin Allah mati ketika menuntut ilmu insyaAllah kita akan ditempatkan bersama para syuhada'. Jadi bersungguh-sungguh serta beriltizamlah kita menuntut ilmu bagi menggapai redha Allah. Spm jadikan sebagai wasilah kita bagi mengembangkan Islam.. Jadi teman-teman suburkanlah dengan sikap mencintai serta jiddiyah dalam menuntut ilmu. Senangkan hati mualim dan mualimah kita. Jangan buat perangai dan tumpukan sepenuhnya dalam target kita menuntut ilmu. Tolong serius kerana Allah menyukai pemuda yang tiada sikap keanak-anakan.
SECOND Pernah dulu kawan kita bertanyakan 'ikhtilat itu apa?' Izinkan ana terangkan apa yang ana fahami tentang ikhtilat insyaAllah~ Ikhtilat merupakan pergaulan lelaki perempuan yang tidak syari'e serta melanggar peraturan yang ditetapkan Allah. Ingin ana kongsikan kata-kata yang menarik serta hadis ini khas untuk teman-teman banat fillah sekalian;
sabda Nabi Muhammad saw
'Jika seseorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taatkan suaminya dan menjaga maruahnya, pilihlah mana-mana syurga yang dia mahu'
hadis riwayat Bazzar
Sahabat,
Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Ingatlah sahabatku yang tersayang, Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu.
Jadi banat, maruah kita sebagai wanita amat tinggi dan begitu berharga sehigga boleh menjanjikan syurga untuk kita. Maka jagalah maruahmu sebaik-baiknya. Jangan kau tewas kepada lelaki. Teman-teman, kurangkan or say no to ber'chatting'an dan ber'mesej'an antara berlainan jantina yang bukan di atas sebab-sebab yang membolehkan. Hati kita lama kelamaan menjadi kotor sedikit demi sedikit dan mana mungkin redha Allah mengiringi kita jika hati kita tidak berusaha sedaya upaya menyucikannya. Dan jika redha Allah tidak bersama kita, teman-teman.. bagaimana adik-adik kita meredhai dengan kepimpinan yang akan kita pikul di sekolah kelak? Jika kita sendiri melanggar ketetapan yang ditetapkan Allah mana mungkin adik-adik akan mengikut telunjuk kita?
Ya.. pesanan ini untuk diri ana juga. Sama-samalah kita bermula sedikit demi sedikit menyucikan hati kita untuk mencari secebis mardhatillah. Cukuplah setakat ini sahaja ana ingin ketengahkan. Ana perhati benda ini sudah banyak berlaku dan semakin hari semakin parah. Dan tidak mustahil perkara ini akan menjadi satu trend dan kebiasaan bagi kita. Waktu itu hilanglah sikap malu wanita, lelaki yang sepatutnya pemimpin seperti singa raja rimba menjadi lemah longlai tidak bermaya di bawah hanya satu jelingan wanita. Semoga Allah bukakan pintu rahmatNya kepada kita malah lebih luas lagi. Kuatlah kita melawan nafsu dan jahiliyah yang melanda deras di zaman ini.
Sabda Rasulullah
'Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah'
wallahua'lam..
1 comment:
suka dgn posting nie.. Harap penulis bersama rakan2 istiqamah dalam perjuangan :D
Post a Comment