Monday, January 12, 2009

Sedih...

Hari minggu yang lepas ana dan ibu serta ahli keluarga yang lain pergi ke Taiping untuk menghantar adik ana ke sebuah sekolah berasrama. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke pasar minggu di Kuala Kangsar sebelum ke rumah saudara dengan bertujuan membeli sedikit oleh-oleh. Namun, hati ana tidak tertarik dengan beraneka jenis kuih-muih yang dijual tetapi pandangan ana terlekat pada satu vcd yang berjudul PILDACIL. Dahulu saya ada juga mendengar khabar angin betapa menariknya sebuah rancangan realiti yang berasal dari Indonesia ini. Apa salahnya mencuba..


Di dalam kereta ana memainkan vcd di dvd player yang terdapat di dalam keretaku. Ana terkesima!! Ana ternganga!! Ana seperti di dunia lain!! MasyaAllah.. Alhamdulillah.. Ana menjadi begitu gembira kerana anak2 yang hanya berusia 6 tahun sudah petah bericara gaya da'i yang mempunyai masa depan yang cerah.. Anak2 yang comel, bersih mukanya berbicara tentang Islam dan suara mereka yang merdu mengalunkan ayat2 suci al-Quran.











Sampai di rumah saudara ana, tv di ruang tamunya dibuka. Ana sekadar memandang kosong ke arah rancangan tv berbayar itu untuk menghilangkan kegelisahan untuk menyambung kembali menonton vcd tadi. Lalu ana terlihat satu rancangan kanak2 yang semua orang rasanya tahu.. Tom-tom Bak.. sedih ana melihatnya.. kecil2 sudah diasuh menari, menyanyi dan berlakon yang entah apa2 entah. Sedih aku melihatnya.. Pakaian sahaja sudah mengalahkan artis2 di barat. Astaghfirullah..



Kini saya ingin berkongsi sebuah video yang memaparkan persembahan salah seorang dari peserta PILDACIL. Moga Allah melembutkan hati-hati para pembaca sekalian dan.. selamat menonton!!



No comments: