Sunday, July 31, 2011

Kita ada DIA!

Sebelum saya mulakan post terbaru..saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada sesiapa yg membaca,terbaca,terpandang post.. Khususan kepada all Muslims.. percayalah bahawa Ramadhan merupakan satu bulan yg berkah dan rahmah..







di dalam hadis Rasulullah:




"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:   " Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku."  Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."

riwayat Bukhari dan Muslim






Subhanallah betapa Allah sayang kepada hambanya dengan menghadiahkan ramadhan .. pahala berganda2..inilah Islam, indah dan istimewa..tidak seindah agama lain.. Kakak ipar pernah bercerita ttg kawannya seorang Cina ingin berpuasa sekali bersama rakan2 islamnya..tapi mereka pelik selepas dia ke tandas,kawannya itu tidak pula balik2..rupe2nye.. kawan cina tu pengsan di dalam tandas..tak tahan puasa agaknya..lihat! hebatkan muslims..


berbalik pada tajuk post kali ni..saya ingin berterus terang bahawa saya amat menyukai drama2 korea,jepun,taiwan,melayu (erm..certain lar..) dan yg menarik perhatian saye..
dan terbaru ni ialah Iryu Team Medical Dragon Season 1,2,3(sdg)..


drama ni agak menarik sebab mmg xde unsur cinta sgt..xde langsung kot..ia sebuah drama berunsur Ilmiah dari aspek kedoktoran, and pasal bedah2 ni..mmg cita2 dulu nk jadi doktor tpi apakan daya SPM Biology dpt B shj..xde rezeki mungkin..lagipun xsuke sgt hafal2 ni..tpi bile dpt law..hafal menghafal tidak dapat dielakkan lagi..huhu~ *sigh*


dan best mmg best (smpai x behenti) tapi ada somting yg kurang dari segi jalan cerita nya.. kalau masukkan satu aspek ni InsyaAllah meletup.. ape aspek tersebut? ISLAM. ALLAH.
melihat mereka berhempas pulas di bilik bedah, lihat pesakit menangis2 meminta bantuan doktor, melihat pesakit yg menganggap doktor itu tuhan..saya rasa kasihan..


sebab?? mereka tak tahu nak minta tolong kat siapa melainkan manusia..mereka hanya bergantung kepada usaha, skills semata-mata.. mereka tak tahu yg kita (muslims) ada DIA, kami ada Allah.. Kami boleh DOA.. Kami ada Allah yg memakbulkan doa2 hambaNYA.. kami bergantung kepada Allah dan bukan usaha semata2 kerana DIA yang maha mendengar,mengetahui,agung.. tiada apa yg Allah tidak boleh lakukan kerana DIA maha mencipta..DIA yg menjadikan alam ini, bahkan kita bernafas atas keizinan DIA..
bahkan tiada sehelai daun yg gugur Allah tidak tahu..


seperti firman Allah:


“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”

Surah Al-An’am ayat 59.


wahai umat Islam yg mengaku beriman kepada Allah..marilah bersama2 kita bersyukur kerana kita tahu Allah, kenal Allah,menjadi hamba Allah dan yang paling penting..Kita seorang MUSLIM!


manfaatkan Ramadhan sebaiknya..moga Ramadhan kali ini terbaik dari sebelum2nya..aminn 


wallahu a'lam..


p/s: lepas ni cdg nk wat preview stp cite yg tgok.. =)


ikhlas,
ctasma mohdnoor


1 Ramadhan 1432

2 comments:

amierul said...

hahahhaa..mula2 baca ingt nak cite pasal apa.upenya..haha..nice post..:)

Siti Asma Bt. Mohd. Noor said...

lol..thanks =)
erm..sje nk kate x buang mase..hoho