Wednesday, November 3, 2010

lama tidak mengupdate blog

salam..
dah lebih kurang 2 bulan saya tidak mengupdate blog..
mengapa?
saya pun tidak pasti puncanya...
mungkin malas...mungkin saya ni jenis tak suka menulis? maybe...
atau mgkin saya bukan jenis 'art' yg meluahkan perasaan melalui penulisan..

baru2 ini saya bercuti semester selama sebulan..
SEBULAN!! memang best..menghabiskan masa di rumah daripada setiap hari berlelah pergi kuliah dan sebagainya...
pernah saya teringat kata housemate apabila waktu pagi sedang sibuk mengemas buku ke dalam bag utk dibawa ke kampus..
'bosan la hidup macam ini..setiap hari kene buat bender yang samer jer....'
saya hanya tersenyum mendengar keluhan tersebut....
memang bosan...
stp hari bangun..
stp hari kemas buku..
stp hari berebut bas (dulu..ah! itu lain cerite)
stp hari bergegas ke kuliah...masuk kuliah..masuk kelas tutor...
stp hari berebut bas balik kampus...
stp hari makan bender yg same...
stp hari balik pkul 6 ptg..
memang BOSAN!!!
seperti mayat hidup yang bergerak mengikut jadual...

tapi itu semua berdasarkan niat...jika kita lakukan setiap hari atas dasar memenuhi segala rutin harian jadilah kita sbg mayat hidup tetapi jika kita lakukan setiap hari kerana beribadah kepada Allah yg maha Esa, niat utk mendapatkan redha Allah serta hari demi hari menuntut ilmu utk mendekatkan diri kepada Allah, jadilah kita seorang hamba Allah dan bukannya boneka~

dan ini merupakan peringatan utk diri ini...kerana?
saya suka mendengar kata se2orang..
usai dia memberi tazkirah dia akan berkata..
'saya beri tazkirah ini yang pertama sekali adalah utk diri saya kerana telinga lebih dekat daripada telinga kalian utk mendengar, dan tazkirah ini juga utk kalian supaya kelak kalian dapat menasihati diri ini pula...'
masyaAllah...
moga tazkirah yg saya ingin sampaikan ini dapat mengislahkan diri saya serta mereka yg mendengar akan menasihat saya pula...

saya teringat kisah hassan al-banna,
selepas usai (atau sebelum..) memberi tazkirah Hassan al-Banna dilihat menyusun kerusi utk ceramah yg beliau sendiri akan menyampaikannya..mereka di sekeliling hairan melihatnya lantas bertanya...
'wahai hasan al-banna mengapa anda menyusun kerusi? biarlah mereka yg menyusunnya..'
kemudian Hassan menjawab..
'wahai saudara, biarlah aku menyusun kerusi ini dan moga pahala daripada menyusun kerusi ini diberi Allah, aku bimbang wujud rasa riak ketika aku aku memberi ceramah tadi dan pahala aku ditolak Allah..'

masyaAllah, begitu peka sekali beliau menjaga rasa ikhlas ketika melakukan sesuatu..ramai yg tidak sedar, mereka memberi peringatan tetapi di hati mereka wujud rasa riak walaupun sedikit yg memikirkan bahawa mereka lebih baik dari si polan...maka amat malanglah mereka kerana sedikit rasa takbur maka jauhlah redha Allah daripadanya kerana Takbur hanyalah sifat Allah semata...

wah...nampaknya panjang juga saya menulis kali ini...2bulan menyimpan rasa dan hari ini terburai segala..haha..

moga amalanku dan amalanmu diterima Allah..insyaAllah...

No comments: