Tuesday, November 23, 2010

cuti yang bersejarah...

cuti sem kali ni memang mencorak 1001 satu warna dalam hidupku.. yang pasti warna-warna itu memberi kesan yg tidak mungkin pudar..

minggu pertama
semasa menunggu train di kl sentral sekitar pkul 12 tghari, sy berkesempatan berbual2 dengan orang asing dengan agak lama..well, selalu nmpk org putih ni lalu lalang tapi hari itu baru berkesempatan bersembang dgn mereka...di samping ingin menguji my communication skills with them.. well, not bad! its fun! their names are paul and sara. we talked about almost everything. do u love malaysia? and many more...i was proudly introduced us as law students..then paul ask.. what syariah law for? then.. I felt silent...what should I answer? then I answered ; 'well, we are still in foundation, after we graduate we will tell u'. haha...well I really don't know how to answer, then he replied 'wow, u r so kind~' *blushing*

sampai umah semua berjalan lancar...tapi sesuatu terjadi..akibat kecuaian diri~ laptop terjatuh dan rosak..oh menderita..

minggu kedua
ujian Allah menimpa..supaya hambaNya ini ingat akan diriNya,mengadu padaNya,meminta padaNya...Allah ampuni segala dosaku..aku lalai terhadap perintahMu..
ibubapa ku berangkat ke tanah suci mekah.. I sent them with tears...
mereka pergi menyambut seruan Ilahi, saya di sini berusaha menjaga rumah dengan baik demi mereka..

miggu ketiga
demam selama 5 hari solid melanda diri...mungkin ini kifarah dosa...ya Allah ampuni dosaku~

Wednesday, November 3, 2010

aku rindu kalian!!!!

apa yang ingin dikatakan lagi...
aku rindu kalian..
aku ingin berjumpa kalian..
mendakap dengan erat..
bersembang seperti dulu..
bergelak ketawa seperti dulu..
mendengar pengisian bersama-sama..
pergi usrah bersama..
berjalan-jalan bersama...
menatap wajah kalian...

tapi...
itu tidak mungkin berlaku..
mungkin juga akan berlaku...
tetapi jika dizinkan tuhan..
2 daripada kamu di Mesir..
3 daripada kamu di Urdun..
seorang daripada kamu di Turki..
dan yang baki masih di sini..
bersama2 menggapai misi..
bersama2 berusaha mencari redha Allah...

hanya satu yang ingin aku katakan kepada kalian...
ayuh!!
sama2 kita berjumpa di syurga,
bersama mengenggam erat
ijazah akhirat~



ctasma utk shbt tercinta
5:24ptg waktu malaysia
3/11/2010
ipoh,perak


lama tidak mengupdate blog

salam..
dah lebih kurang 2 bulan saya tidak mengupdate blog..
mengapa?
saya pun tidak pasti puncanya...
mungkin malas...mungkin saya ni jenis tak suka menulis? maybe...
atau mgkin saya bukan jenis 'art' yg meluahkan perasaan melalui penulisan..

baru2 ini saya bercuti semester selama sebulan..
SEBULAN!! memang best..menghabiskan masa di rumah daripada setiap hari berlelah pergi kuliah dan sebagainya...
pernah saya teringat kata housemate apabila waktu pagi sedang sibuk mengemas buku ke dalam bag utk dibawa ke kampus..
'bosan la hidup macam ini..setiap hari kene buat bender yang samer jer....'
saya hanya tersenyum mendengar keluhan tersebut....
memang bosan...
stp hari bangun..
stp hari kemas buku..
stp hari berebut bas (dulu..ah! itu lain cerite)
stp hari bergegas ke kuliah...masuk kuliah..masuk kelas tutor...
stp hari berebut bas balik kampus...
stp hari makan bender yg same...
stp hari balik pkul 6 ptg..
memang BOSAN!!!
seperti mayat hidup yang bergerak mengikut jadual...

tapi itu semua berdasarkan niat...jika kita lakukan setiap hari atas dasar memenuhi segala rutin harian jadilah kita sbg mayat hidup tetapi jika kita lakukan setiap hari kerana beribadah kepada Allah yg maha Esa, niat utk mendapatkan redha Allah serta hari demi hari menuntut ilmu utk mendekatkan diri kepada Allah, jadilah kita seorang hamba Allah dan bukannya boneka~

dan ini merupakan peringatan utk diri ini...kerana?
saya suka mendengar kata se2orang..
usai dia memberi tazkirah dia akan berkata..
'saya beri tazkirah ini yang pertama sekali adalah utk diri saya kerana telinga lebih dekat daripada telinga kalian utk mendengar, dan tazkirah ini juga utk kalian supaya kelak kalian dapat menasihati diri ini pula...'
masyaAllah...
moga tazkirah yg saya ingin sampaikan ini dapat mengislahkan diri saya serta mereka yg mendengar akan menasihat saya pula...

saya teringat kisah hassan al-banna,
selepas usai (atau sebelum..) memberi tazkirah Hassan al-Banna dilihat menyusun kerusi utk ceramah yg beliau sendiri akan menyampaikannya..mereka di sekeliling hairan melihatnya lantas bertanya...
'wahai hasan al-banna mengapa anda menyusun kerusi? biarlah mereka yg menyusunnya..'
kemudian Hassan menjawab..
'wahai saudara, biarlah aku menyusun kerusi ini dan moga pahala daripada menyusun kerusi ini diberi Allah, aku bimbang wujud rasa riak ketika aku aku memberi ceramah tadi dan pahala aku ditolak Allah..'

masyaAllah, begitu peka sekali beliau menjaga rasa ikhlas ketika melakukan sesuatu..ramai yg tidak sedar, mereka memberi peringatan tetapi di hati mereka wujud rasa riak walaupun sedikit yg memikirkan bahawa mereka lebih baik dari si polan...maka amat malanglah mereka kerana sedikit rasa takbur maka jauhlah redha Allah daripadanya kerana Takbur hanyalah sifat Allah semata...

wah...nampaknya panjang juga saya menulis kali ini...2bulan menyimpan rasa dan hari ini terburai segala..haha..

moga amalanku dan amalanmu diterima Allah..insyaAllah...