tiada kata yang boleh aku ungkapkan
kerana..
pengalaman ini untuk dirasa
bukan untuk dicerita
pengalaman ini untuk dihayati
bukan untuk didengari
pengalaman ini nilainya besar
mungkin berbeza pada yang lainnya
apa yang aku ingin ungkapkan di sini ialah
aku bersyukur kerana Engkau memberi kesempatan utk merasai pengalaman ini..
Kg Rudan,
meskipun sebentar kau hadir di hatiku seperti sudah lama tali bertaut,
kau dahagakan hidayah,
kau dahagakan petunjuk,
kau butuh orang membimbingmu,
kau mahukan seorang pemimpin,
kau mencari-cari kasih hakiki,
aku..
ke sana
bukan sebagai pemimpin,
bukan pemberi kasih,
bukan juga petunjuk hidayah,
kerana..
semua itu Allah yang punya,
aku..
ke sana,
sebagai saudara kalian,
sebagai anak dan kakak,
untuk membantu kalian,
bersama-sama mencari sinar mentari...
Sinar ILAHI.
No comments:
Post a Comment