Alhamdulillah Allah memberi kesempatan untuk saya menghadiri satu program yang amat indah dan menggetarkan jiwa saya. Kerana itu saya berusaha untuk cepat2 mencoret perkara yang saya dapat dan perasaan saya ketika menghadiri perhimpunan perdana Palestin semalam supaya tidak hilang dek waktu.
Kemeriahan dengan bendera2 Palestin, mafla2 yang dipakai serta kain pelilit kepala bertulisan Shahadah; ikrar dan pengakuan terhadap keEsaan Allah merancakkan serta menaikkan semangat untuk membebaskan Palestin.
Di sini saya akan sedaya upaya mencoret isi2 yang penting yang saya dapat sepanjang program tersebut...
Wakil Ulama Robitoh Palestin iaitu Sheikh Husein Khalil Saqar al-Awawidah atau lebih dikenali sebagai Sheikh Abu Bakar memberikan amanat2 kepada kami dan menceritakan perkara2 terbaru yang berlaku di Gaza.
Saya amat terkejut kerana pada mulanya saya fikir dia seorang yang tidak mengalami apa2 kecacatan kerana dia kelihatan begitu tenang. Apabila diberitahu tentang riwayat hidupnya, barulah saya tahu bahawa beliau merupakan seorang yang buta kedua belah matanya. Beliau berasal dari satu tempat bernama Daurah dan mempunyai 8 orang anak dan kesemuanya menghafal Al-Quran dalam usia 9 tahun.
Beliau mengalami 13 kali penangkapan oleh rejim zionis israel laknatullah. Pada penangkapannya yang ke6, beliau diseksa tanpa henti selama 54 hari. Zionis bertindak kejam dengan dengan memukul dahinya dengan kayu yang besar serta mengenekan kejutan elektrik kepada matanya sehingga beliau buta. Ya..kedua matanya kini sudah berada di syurga..
Beliau kemudiannya menyatakan penghargaannya kepada rakyat Malaysia yang terkenal dengan kekuatan ilmu dan ekonomi serta mendoakan supaya kita maju dan maju demi langkah untuk membebaskan al-Aqsa. Rakyat Palestin juga tidak sabar-sabar untuk menanti panglima Islam muncul untuk meminpin mereka membebaskan al-Aqsa supaya mereka dapat bersolat bersama-sama orang Islam yang lain di Masjidil Aqsa.
Kenapa Al-Aqsa?
Kerana masjid ini merupakan milik semua umat Islam.
Kerana masjid ini diberkahi dan disucikan Allah.
Kerana masjid ini sebahagian daripada ayat2 Al-Quran dan Hadis2.
Masjid ini juga Kiblat pertama umat Islam.
Masjid ke3 yang disucikan serta masjid kedua yang didirikan.
Tempat Isra' Nabi Muhd SAW serta masjid yang disucikan para Anbiya'.
Al-Aqsa juga merupakan amanah daripada Khalifah Umar yang ditakluk oleh tentera Umat Islam dan juga Wakaf kepada umat Islam yang diberikan Oleh Salahuddin al-Ayubi.
Menurut Ulama'
'Jika sejengkal dari tanah umat Islam dijajah maka fardhu ain atau wajib untuk umat Islam 80km dari tanah tersebut untuk membebaskannya, jika mereke tidak mampu maka wajib umat Islam di luar lingkungan itu membebaskannya.'
Jadi telah menjadi kewajipan yang wajib dan bukan sunat atau harus membebaskan tanah Umat Islam iaitu Palestin.
al-hadis mafhumnya
"Barangsiapa yang tidak berniat dan berkata2 tentang berperang dan nanti di akhirat dia akan dibangunkan bersama orang2 munafik"
"Apabila kita membantu keluarga para Shuhada' maka pahalanya seperti berperang di barisan hdpn''
"Satu dirham itu akan melebihi 100 dirham apabila ianya dinfaqkan ke jalan Allah"
Sheikh Abu Bakar juga menyeru supaya kita berjihad dengan melakukan tarbiyah, melakukan ketaatan kepada Allah, memboikot barangan Yahudi, melakukan perintah Allah serta melakukan doa dan zikir yang panjang. Kerana keistimewaan umat Islam ialah dengan berdoa kerana doa merupakan senjata umat Islam yang tidak akan pernah tersasar dari sasarannya.
Shuhada'
Sudah lebih 60 tahun mereka berjuang dan penduduk palestin yang terdiri daripada 12 juta, 7 juta daripadanya diusir dari tanah air sendiri dan 5 juta masih tinggal di wilayah Gaza. Setakat ini, 100 000 shuhada' telah menemui Allah dengan tersenyum dan ramai tercedera dan banyak rumah dirobohkan.
Gaza sudah 4 tahun dipenjara dengan tembok2 yang dibina. Terbaru, 3 tembok telah dibina dan yang paling luar ialah tembok yang terdiri daripada besi yang tinggi 15m dan kedalaman sedalam 30m di bawah tanah.
12 ribu penduduk masih dipenjara dan 2oo daripadanya terdiri daripada muslimah.
No comments:
Post a Comment