Alhamdulillah diizinkan Allah untuk tanganku mencoret sesuatu di atas laman maya ini.. Yang pasti niatku hanya satu.. hanya kerana.. ALLAH!! ya.. ALLAH!! Hinanya diri ini jika membuat sesuatu menggunakan jasad yang diberi pinjam kepadaku tanpa mengingatiNya.. Malu sungguh diri ini.. Bodoh sombong diri ini jika aku berlaku sombong kepadaMu...
DEBAT MUSLEH
Miggu lepas 9-11 Julai telah diadakan pertandingan debat antarabangsa yang bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur. Hampir seluruh sekolah rangkaian Musleh menyertai pertandingan ini termasuklah sekolah di Indonesia dan Singapura.
Sekolah Menagah Al-Hidayah Ipoh telah menghantar 4 orang wakil... iaitu saya, Shahamin, Yulia (f4), Raja Husna (f4). Mh. Syamsiah sebagai guru pengiring kami. Kami pergi dengan hati yang berdebar-debar, gelisah dan boleh dikatakan tertekan. Kami sedar ada beban yang berat perlu kami pikul... MENANG!! Gelisah kerana kurangnya pengalaman serta kemahiran. Berdebar dengan perlawanan yang akan kami lalui dengan sekolah lain dan sebagainya.
Ini adalah fakta dan saya ingin berterus-terang di sini.. Kami hanya berlatih 2 MINGGU!! Bila ada wakil musleh datang ke sekolah lebih kurang 2 minggu lepas, baru kami tahu yang debat bukanlah hanya bercakap dan bidas sahaja tetapi punyai protokol tersendiri..
Premis...
Rasional...
Kayu Ukur...
Kata Kunci...
Definasi konseptual...
What the hack?! Apalah perkataan-perkataan ini.. Berat telinga mendengar berat lagi kami memikulnya.. Tuan yang dipertua.. Allah izin minggu yang amat sesuai untuk berlatih saya dan ahli yang lain sibuk dengan minggu sains dan matematik.. Buat projek!! Water detecter..
Dipendekkan cerita (x perlu diterangkan ttg hotel, mknn and so on) bermulalah pusingan pertama. Kami akan berlawan dengan Sekolah Tahfiz Islah Tok Pedu, Kedah. Usul kami ialah:
Allah, Allah, Allah... bantulah hambamu... hatiku berdetik dan berdoa..
Usul... Ditolak!! Kami menang!! MENANG!! Alhamdulillah. Ya Allah manisnya kemenangan.. indahnya perasaan ini.. Allah berikan kami peluang merasainya sebelum terlambat kerana lawan kami selepas ini ialah SMI HIDAYAH JB (B). Ya Allah ujian apakah ini ?? Kumpulan yang menjadi JOHAN Inter School Debating UIA baru-baru ini ?!
Dan seperti dijangka.. Kami tewas tetapi kami gembira. Kami puas hati kerana kami sudah buat yang terdaya. Oh ya..usul kami ialah:
Sekali lagi kami menjadi pembangkang dan kekurangan kemudahan internet menyebabkan kami kehilangan punca. Pihak lawan pula tidak habis-habis menerangkan hujah mengenai fakta semata-mata. Allah yang susun begini dan kami perlu redha.. Bukankah jika kita redha akan ujian yang Allah berikan maka Allah redha akan kita. Apalah yang kami harapkan berbanding kemenangan selain daripada redha Allah??
Pusingan ketiga pula di atas usul:
Lawan kami pula adalah Al-Amin, Bangi. Bukan calang-calang lawan itu. Mualim Zul pengetua kami yang sanggup datang dari Ipoh hanya semata-mata ingin menyaksikan perlawanan kami membakar semangat kami. Mula-mulanya kami gusar.. bagaimana kalau kami kalah lagi? Persoalan itu saya suarakan kepada beliau. Jawab beliau mudah sahaja "Kalah menang adat permainan. Biasalah tu.. Yang penting pengalaman. Tak semua berpeluang merasai pengalaman ini" jawab beliau sambil tersenyum.
Lapang hati kami selapang-lapangnya. Kami memang rasa ingin pengsan akibat keletihan mental dan fizikal kerana debat bukan hanya memerlukan mulut mengeluarkan kata tetapi seluruh tubuk kita. Dalam waktu yang sama saya teringat kata-kata Ummi yang disayangi:
"Bila kita berdebat tak semestinya kita diam bermakna kita kalah. Niat kita hanya kerana Allah dan biarlah Allah menilainya. Ingat.. jaga niat.. jaga niat.."
Allah uji kami lagi..kami kalah apabila usul ditolak dengan total manji 2. Kami jadi pihak kerajaan. Pertandingan kami sememangnya sengit dan kami meluahkan lafaz lega dan puas hati. Yulia telah terpilih menjadi pendebat terbaik untuk pertandingan ini. Ya..debat memang lain.. Jika kami kalah pun kami tidak terasa kecewa yang mendalam kerana kami tahu yang kami telah buat sesuatu dan pihak lawan juga tidak kurang hebatnya.
Isteri Mualim Zul tidak habis-habis menyalam kami dan mengucapkan tahniah. Katanya dia amat mengagumi perlawanan kami. Kami hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.
Apa dalam fikiran kami ialah balik bilik, mandi, buat search pasal usul esok yang bertema politik. Ada usul pasal Barrack Obama pulak tu. Kami benar-benar keletihan dan benar-benar ingin membenamkan diri kami di katil empuk. Tidak salah bukan??
Saya terbangun pada pukul jam 2 pagi dan apa yang saya lihat Shahamin masih tekun dengan kertas kajang memikirkan usul politik esok. Terkejut bukan kepalang saya kerana kami yang lain sudah lena menyemai mimpi. Terus sahaja saya menggesanya untuk tidur.
Keesokannya kami diberikan 3 usul:
i) Barrack Obama wajah baru Amerika
ii) Asean wajar campur tangan dalam krisis di Myanmar
iii) PBB bukan hanya hiasan
Jadi sudah tentu kami dan telah bersepakat bersama pihak lawan kami SMI HIRA' JERAM memilih usul ke-3. Gigit jari kami jika kami memilih usul pertama dan kedua.
Debat Alhamdulillah berjalan dengan baik dan saya amat yakin untuk menang memandangkan kami berada di pihak pembangkang. Namun kami tewas juga. Saya amat pelik. Majin 5!!! Tidak masuk akal. Saya menyuarakan ketidak puasan hati kepada Ummi dan Ummi berkata; "Yang mengadili bukan Allah tetapi manusia biasa yang lemah.. Jangan mengharapkan kemenangan di puncak tertinggi tetapi keredhaan Allah."
Insaf saya seketika...kerana Allah. Keputusan akhir; kami tidak berpeluang masuk ke suku akhir perlawanan. Terbayang sekolah tercinta kami.. terbayang pelaburan sekolah kepada kami.. Kami mencuba sedaya mungkin!! Allah telah menyusun segalanya dan kami amat bertuah kerana mengutip pengalaman seindah ini. Perasaan kemenangan, kekecewaan, kesusahan dan sebagainya.
Jadi dengan coretan selebar ini moga tiada pihak menunding jari kepada kami dan menyalahkan seratus peratus kepada kami. Apalah yang kami dapat dengan tempoh yang lebih kurang 2 miggu ini. Moga Allah menilai segala usaha kami dalam berjalan menuju ke arah keredhaanNya.
Ameen
2 comments:
ya..betul2..
konklusi yg ana dpt ialah..
yg penting NIAT kita dn jga utk mencari keredhoan ALLAH..^^
insyaAllah..moga ditetapkan hati kita..
Post a Comment