Tuesday, December 18, 2007

Jawapan Allah

Saya membelek2 majalah PEWARIS edisi khas. Covernya subhanallah menarik minat saya untuk terus menatapnya.. Dengan izin Allah saya tertarik akan satu ruangan khas tentang jawapan Allah tentang masalah manusia berpandukan kitab suci Al-Quran..




S: Adakah aku sudah dikira beriman?
J: " Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan : 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sblum mereka, sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
Surah Al-Ankabut: 2-3

S: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?
J: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi mu, tuhan mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui"
Surah Al-Baqarah: 216

S: Kenapa susah sangat ujian ini?
J: " Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Surah Al-Baqarah: 286

S: Aku rasa kecewa, lemah semangat, tertekan..
J: " Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang beriman"
Surah Ali-Imran: 139

S: Bagaimana harus aku hadapinya?
J: " Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan) dan kuatkanlah kesabaranmu ( lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada tuhan supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
Surah Ali-Imran: 200

" Dan mintalah pertolongan (kepada tuhan) dgn jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang2 yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah: 45

S: Apa yang aku dapat dari semua itu?
J: " Sesungguhnya tuhan membeli daripada org2 mukmin diri, harta mereka dgn syurga bagi mereka"
Surah At-Taubah: 111

S: Ah.. Aku tidak tahan! Aku dah bosan dgn semua ini..
J: " ........Dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat serta pertolongan tuhan. Sesungguhnya tidak berputus asa drpd pertolongan tuhan itu melainkan kamu yang kafir"
Surah Yusuf: 87


Monday, December 3, 2007

where u want to go??

Ke mana kita mahu pergi?? kiri atau kanan? yang nyata tiada pilihan ke tiga..
Gambar di bawah amat memberi kesan kpd saya. Gambar yang menyentuh jiwa.. Itupun saya copy dari page org lain. Semestinya kita tahu apakah penghujung bagi kedua-dua cabang ini.. fikir-fikirkanlah..

Sunday, December 2, 2007

Kenape sakit??

Menurut teori saintifiknya, punca penyakit kita bukan kerana jangkitan bakteria atau berkenaan dengannya tetapi runtuhnya akhlak kita. Kita tidak mengikut garis panduan Al-Quran di mana berkali-kali Allah megulang di dalam ayat-Nya supaya beramal soleh dan melakukan kebaikan. Apabila kita melanggarnya, balasan dari Tuhan jelas nyata melalui penyakit yang kita hidapi.

Menurut Dr. Ariffaizal di dalam blognya yang bertajuk Konsep CVT dalam merawat sel, kita perlulah fokus untuk menyembuhkan penyakit kita.
Untuk fokus, seseorang itu perlu sentiasa berada dalam keadaan atau bersifat hening, sabar, ikhlas dan setiap formula yang dirumuskan oleh Colour Vibration Therapy adalah bertujuan untuk menuju ke arah sifat-sifat ini. Apabila si pesakit mempunyai sifat-sifat tersebut, segala kesusahan atau kepayahan yang dilaluinya akan bertukar kepada kesengsaraan kepada kenikmatan. Kehidupan ini akan dilalui dengan lebih seronok dan tidak membebankan.

Contoh yang paling dekat yang kita boleh lihat ialah orang-orang soleh atau alim ulama' selalukah kita melihat mereka dalam keadaan yang sakit? Mereka sentiasa bersemangat lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam. Ini juga merupakan satu hadiah Allah kepada mereka yang berani bersamaNya.

Warna ikut hari??

Hari Isnin..hem..pakai putih. Alamak! Maner ader tudung warner putih.
Inilah kehidupan saya. Setiap hari terdapat warna yang tersendiri untuk waktu tersebut.



HARIWARNAFREQUENSI
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer


Jadual tersebut terdapat daripada blog Dr. Ariffaizal iaitu Rawatan Kesihatan Warna Resonan Mengikut Hari. Hari yang datang silih berganti juga akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna.

Jadi apabila hari-hari tertentu, berpakaianlah mengikut warna di dalam jadual di atas supaya kita menjadi resonan dengan hari -hari tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi klik di sini Warna Resonan Mengikut Hari.

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan hadiah Allah pada hambanya. Jika kita lihat agama lain, bulan seperti ini tidak diperoleh. Hukum Allah tiada siapa dapat menghalangnya kerna ia juga merupakan satu kewajipan umat Islam. Ramadhan bererti panas terik dan tanah yang gersang. Apabila di negeri Arab, apabila datangnya Ramadhan cuaca akan bertukar gersang dan panas. Tapak kaki kita akan terbakar jika kita memijak terus padang pasirnya. Ini menyebabkan tekanannya amat tinggi.



Mekipun begitu, penyakit darah, saraf dan tulang menjadi lebih mudah dirawat. Ini diterangkan di dalam blog Dr.Ariffaizal Rawatan Kesihatan.
Beliau juga menerangkan kesan pembongkaran yang mungkin berlaku merujuk keadaan kelemahan semasa, serta kesan yang menyihatkan sekiranya puasa dapat dijalankan dengan sempurna pada bulan Ramadan. Beliau juga menerangkan kajian saintifik di bulan Ramadhan bahawa makanan tidak boleh dihadam pada waktu siang di bulan Ramadhan kerana tekanannya yang tinngi. Jadi utk mengelakkan kolestrol tepu mudah terbentuk dan mengganggu jantung dalam tempoh jangka panjang, kita perlulah berpuasa. Sealain itu yang menarik yang diterangkan beliau ialah 'aktiviti yang terbaik supaya darah dapat naik ke otak ketika atmosfera bertekanan tinggi ialah dengan bersujud'. Sekaligus meningkatkan keupayaan atau kecerdasan otak. Utk mengetahui dgn lebih mendalam, sila klik di sini Rawatan Kesihatan.

Sunnah Rasulullah

Sesungguhnya perginya Rasulullah memberi banyak harta pusakanya kpd umatnya. Harta ini pula tidak akan habis malah apabila mengunakannya bertambah lagi ganjaran kita serta sentiasa di dalam hidayah-Nya. Ini ada disebut di dalam hadis;
'aku tinggalkan kpd engkau dua perkara nescaya engkau tidak akan sesat utk selamanya; iaitu Al-Quran dan As-sunnah'
Sesungguhnya sunnah-sunnah Nabi memang amat menakjubkan. Sesuatu yang tidak dijangka manfaatnya. Salah satu sunnah ialah sentiasa BERSUGI, mudah bukan? Tetapi ia mengandungi seribu satu rahsia.




Ini terdapat dalam blog Rawatan Kesihatan yang menerangkan mengapa kita perlu bersugi atau memberus gigi. 'Rahsia gigi adalah suatu jasad kenyal di dalam rahsia tulang. Oleh itu, gosoklah gigi anda selalu untuk menghasilkan tenaga kinetik atau geseran' ini adalah antara penerangan Dr. Ariffaizal di dalam blognya. Beliau juga menerangkan salah satu sunnah nabi juga iaitu bersahur. Apa yang saya faham ialah apabila kita bersahur ia akan memerangkap getaran bunyi frekuensi biru sekaligus menjadi penawar untuk meneutralkan keracunan makanan atau ketempangan kimia.