Wednesday, December 30, 2009

Panggilan Ilahi



Tajuk post saya kali ini tidak relevan langsung dengan gambar di atas.. Adakah disebabkan saya menyukai kucing? Itu memang tidak dinafikan lagi.. Entah berape banyak kubur kucing di rumah saya pun saya tidak ingat.. Pendek cerita saya memang kaki kucing.

Tetapi bukan kucing yang saya ingin bicarakan di sini tetapi sebaliknya. Cuba lihat kucing di atas.. Sangat comel dan seperti menunggu arahan.. Sungguh comel sekali..kawaiii!!! (maaf tidak dapat mengawal emosi)

Dan ceritanya bermula di sini...

"Kak Uda.. tadi Usu panggil kucing Usu pastu die datang.."

Saya pelik... mimpi ke adik saya ni? Biler maser die ade kucing. Bukan Umi dah buang kat pasar ke (yang dikutip kembali oleh abang saya yang juga kaki kucing). Saya buat endah tak endah sahaja..

"Kak Uda! Kak Uda dengar tak ni?"

"Alah...bukan tu kucing rumah belakang ke? Bukannye kucing Usu pun.."

"Kak Uda!! Itu kucing Usu tau.. Usu panggil die dan die datang.. Kak Uda tahu tak perasaan tuan kucing tu biler panggil kucing die and die datang.. Bahagia tau tak.."

Saya terdiam.. Merenung wajah adik saya yang bersinar-sinar itu.

Saya terfikir..






Beginikah gembiranya Allah bila hambaNya yang diciptakan menunaikan Solat ketika sudah tiba waktu solat.

Beginikah gembiranya Allah melihat hambanya sujud kepadaNya.

Beginikah gembiranya Allah apabila melihat hamba-hamba yang diciptakanNya mengikut segala syariat dan undang2 yang ditetapkannya demi kemaslahatan hambanya juga.

Jawapannya mestilah ya dan lebih lagi. Perasaan Sayang Allah kepada makhlukNya tidak dapat ditandingi oleh sebarang satu makhluk pun yang diciptakan Allah.

Kerana??

Allahlah Rabb dan dia yang paling Agung Yang Memiliki Arasy yang Tinggi. There is no way we can beat Him. He is most Merciful that we can't bear it..

Thursday, December 17, 2009

best ker biler senang??

Alhamdulillah..waktu yang ditunggu2 oleh pelajar spm kini sudah tiba..saya tidak dikecualikan.
Bestnyer..biler spm dah habis..bestnyer biler xpayah belajar lagi.
Bestnyer biler dapat buat apa yang kite suka tanpa fikirkan spm.
Best biler x payah nak susah2 study..bersengkang mata malam2 belajar..




Tapi cuba kita fikir balik..best ker biler senang? best ker biler banyak masa terluang? best ker? best ker xder buat apa-apa? jawapan pada diri masing2 tapi bagi saya..

tak best

sebab??

pertama, ia buat saya lebih jauh daripada Allah apabila saya mengisi masa lapang saya dgn benda2 yang lagho..
saya juga tak buat benda yang bersungguh2 seperti di dalam suasana spm..
saya juga memupuk sifat malas dalam diri saya..

dan saya sedar..peperiksaan spm sangat memberi makna kepada saya kerana mengajar saya untuk bertawajuh kepada Allah..
memupuk sikap pengharapan kepada Allah..
jadi janganlah kita terlalu gembira atas kemerdekaan yang sementara ini kerana mungkin apa yang kita anggap baik sebenarnya buruk di sisi Allah dan ini ialah merupakan ujian yang berat kepada kita bekas pelajar spm..
bagaimana kita menghabiskan masa terluang kita..semua itu dinilai di mata Allah swt..tuhan kita..dan ini peringatan untuk diri saya yang lemah dan daif ini..moga Allah mengistiqamahkan kita di jalan nya di mana kita akan terus berusaha mendekatkan diri kita kepada Allah..
InsyaAllah..

Saturday, October 10, 2009

Nikmat

Sejenak saya membelek-belek buku pelajar cemerlang SPM08 Nik Nur Madihah. Di bahagian belakang diselitkan nasihat dan pedoman untuk berjaya salah satunya ialah..

* Jadikan kesusahan sebagai satu nikmat

Saya hairan.. Dah susah di mana nikmatnya?? Hidup hanya sekali dan berhak untuk hidup senang dan bukan saya maksudkan di sini bermewah2an yang melampau. Dan melihat kesusahan atau ujian sebagai satu kenikmatan amat susah dilakukan kecuali kita benar2 mengalami kesusahan tersebut. Lalu terjadilah satu peristiwa....

" Salam.. sikit lagi saya sampai,"

Saya memberi janji dengan pasti kepada kawan yang sedang menanti. Saya penunggang yang tak lagi terbabas. Dengan kekuasaan Allah motor yang saya tunggang terbabas di selekoh; kawasan berpasir.

Ya Allah, sakitnya.

Ya Allah, bantulah aku.

Dengan tangan berlumuran darah siku berluka2an melambatkan pergerakan. Hujan mula turun dengan rintik-rintik. Tiada sesiapa di sini...

Kesusahan melanda diri saya.. Hanya Allah tempat bergantung ketika ini. Dan saya terfikir adakah kesusahan ini satu nikmat?

Jawapan saya

YA

Mengapa??

Sebab saya peroleh nikmat bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan.

Sebab saya merasai nikmat mengingatinya.

Sebab saya dapat nikmat perhatian dari keluarga dan rakan-rakan.

Sebab saya merasakan itu satu kifarah dosa-dosa saya lakukan sedar atau tidak sedar.

Sebab saya merasakan saya diberi perhatian oleh Allah kepada saya.

Dulu abang saya pernah terkena satu penyakit kulit yang agak teruk.. Saya cemburu kerana Allah memilih dia untuk terkena penyakit tersebut.

Pernah Abu Bakar berkata:

" Aku masih boleh bertahan dengan ujian kesusahan tetapi tidak kepada ujian kesenangan "

Jadi pembaca, jika sekarang kita rasa senang bukan bererti Allah melupakan kita tetapi ujian yang ramai yang tidak dapat tandingi dan jika Allah menetapkan kesusahan pandanglah ia sebagai satu nikmat.

Wallahua'lam

Monday, August 3, 2009

Lelakiku..masih adakah lagi?




Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila diesebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,
melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya mula cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dahn kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dandan berpecah,
Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Pada kelakian mu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Kami rindukan lelaki dulu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Acuan madrasuh rasul.

Tuesday, July 21, 2009

I am proud to be a Muslim



I am proud to be a muslim

Ramai yang menuturkan kata-kata di atas ini... Ramai yang diri kita Islam tetapi adakah kita benar-benar bangga sebagai Islam? Banggakah kita menjadi umat terpilih dan terbaik seperti dijanjikan Allah? Banggakah kita menjadi umat Rasulullah? Banggakah kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah; manusia paling terbaik pernah diciptakan? Banggakah kita mengamalkan cara hidup Islam?

Mungkin sepintas lalu kita membaca persoalan di atas kita akan jawab YA!! Saya bangga!! Kenapa tak bangga pulak?? Mestilah bangga!! Takkan nak jawab tak bangga!!

Apa itu bangga?

Bangga mengikut fahaman literalnya ialah sesuatu yang menyenangkan, sesuatu yang kita lakukan tanpa was-was ataupun syak apatah lagi MALU. Bangga lebih dikenali sebagai Izzah. Jadi jika kita bangga menjadi muslim kita tidak akan rasa malu nak membawa imej Islam sebab kita bangga. Kita tak malu membawa personaliti Islam sebab kita membawa agama Allah. Bukankah itu sepatutnya berlaku pada diri masing-masing yang menjawab YA tadi?

Imej Islam...inilah saya ingin tekankan seawal penulisan saya pada hari ini.. Jika kita bangga terhadap Islam, kenapa kita tinggalkan syariat yang Islam wajibkan ke atas kita? Adakah itu dinamakan bangga?

Pernah dulu saya ikut parents pergi ke world conference alternative medicines di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Nama sahaja World mestilah ramai orang luar negara yang berpangkat doktor apatah lagi profesor datang ke majlis ilmiah ini. Pada keesokannya saya bersarapan bersama beberapa orang 'besar' yang datang dari India dan Europe.. Saya mendengar mereka berbual dengan ibubapa saya. Terus terang saya katakan saya bukanlah tahu sangat apa yang dibincangkan sebab fully english!! Apa yang mengejutkan saya orang India itu dengan bangga mengatakan tentang Hadis Nabi Muhammad. Beliau berusaha menunjukkan bahawa beliau mengkaji agama Islam ini. Saya terpana. Unbelievable!!

Apa yang saya dapat simpulkan bahawa mereka yang berpengetahuan tinggi terutama bukan Islam banyak mengkaji tentang Islam dan mereka kagum tentang Islam. Tetapi yang menyedihkan kita orang Islam pula berlumba-lumba meniru cara hidup Barat yang banyak terpesong itu. Malunya!! Tiba-tiba datang pemandu perlancongan mereka yang penuh bergaya, rambut terlepas tanpa segan silu, muka diselaputi mekap. Saya melihat dia.. Dia tahu tak apa dia buat sekarang ni? Orang yang awak nak pandu tu tahu tentang Islam? Awak tak malu ke? Tetapi persoalan itu hanya terzahir di hati..

Baru-baru ini pula dikejutkan dengan artis yang kembali tidak bertudung. Kenapa anda tidak bangga mengamalkan cara hidup Islam yang Allah janjikan syurga, ketenangan malah kemenangan? Kenapa kita perlu meniru mereka yang dimurkai Allah?

Janganlah kita bermimpi merampas kembali Palestin jika kita tidak bangga yang sebenar2nya terhadap Islam. Sedarlah bahawa yahudi dan nasrani berusaha menyerang pemikiran kita supaya kita bangga dengan Islam. Kita meletak Islam di tangga yang terbawah. Tanamkan rasa Izzah dan Zaman Kegemilangan Islam pasti akan datang.. IsyaAllah.

Saya bangga menjadi seorang Islam!!