tahun ini aku sudah berumur 24, dan 24 tahun sudah aku hidup di dunia ini,, terasa hati ini merindui utk menulis dan mencoret dan segala men2 seperti dulu,,
benarlah, blog ini ibarat diari elektronik yg mana ia takkan kusam dek masa, xkan hilang dek terlupa, dan xkan hancur dek.. dek ape pulak ye, xper abaikan..
aku sebenarnya ingin mencari satu paksi di mana aku menulis di atas skop apa, di atas dasar apa.. dan untuk apa aku menulis,, mungkin kurangnya ibrah seperti dahulu membuatku malas dan lupa untuk menulis, atau mungkin aku terlalu sibuk dengan perkara lain sehingga meniggalkan blogku ini terkulai sepi, tidak seperti dlu..
cumanya, apabila sudah berumur 24 ini, aku makin sedar bahawa aku semakin dewasa (tua sebenarnye nk ckp) dan banyak perkara yg aku ambil enteng menari satu persatu di hadapan mata. first sekali of course la pasal jodoh. dah 24 kott,, dulu waktu sekolah target nak kawen umur 24, sekarang habuk pun xde, apatah lagi calon.. tapi aku percaya, bila sampai masanya, maka akan sampai masanya.. mungkin masa untuk aku bukan sekarang, aku tak bersedia lagi, mak aku pun ragu2 nk lepaskan anak dara dia.. banyak benda yang aku perlu belajar dan perbaiki.. jadi target aku nak kawen umur 27 la.. hahaha
secondly pasal umi aku,, umi aku sudah tua, rambutnya kelabu, tidak hitam likat seperti dulu.. wajah penuh garis2 keperihan serta kepayahan membesarkan anak2 seramai 9 orang. berapa lamakah lagi aku boleh bersama ibuku di dunia yang sama.. cukupkah aku berbakti pada ibuku,, nyawa kami bila2 masa Allah boleh tarik.. teringat waktu kecik, bila umi balik lambat dari sekolah (was a teacher) aku akan pegang baju umiku dan menangis serta berdoa biarlah kalau umiku mati, aku nak mati sekali..
ya Allah,, fikiran budak2 betul haha..xde smiley eh kat sni..okay x pandai..
thirdly of course pasal pekerjaan,, aku nak kerja apa, aku nak buat apa lps study semua masih blurr lagi. Tak tahu nak buat apa, nak sambung apa.. takpe lah moga aku tamatkan study ini dengan jayanya dulu, baru fikir dengan mendalam apa yang bakal aku buat.. lol
Jam sudah menunjukkan 2 malam dan aku perlu tido sebab esok nak study for midterm.. ya Allah permudahkanlah.. Engkaulah sebenar2 penolong,, Doakan semuanya dipermudahkan..
Ameen..