Tuesday, June 22, 2010

subject saya di dalam course tamhidi syariah dan undang-undang

salam..
bagi adik-adik atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil course syariah dan undang-undang ini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang subjek-subjek yang terdapat dalam course ini..

pertama
Introduction to Law.. dalam subject ni kita didedahkan tentang malaysia legal system, english law (common law), difference between civil and criminal law and their terminology, federal constitution, dan lain-lain lagi.

kedua
english I and english II.
kami pelajar law wajib untuk mendapatkan band 4 in muet. Jadi outomatiknya kami kene work hard double daripada pelajar science technology dan medic memandangkan mereka perlu mencapai band 3 sahaja untuk menyambungkan pelajaran.
dan semester dua nanti kami akan belajar tentang legal english for law.

ketiga
mabadi' ila syariah islamiah (usul fiqh)..ya..subject ini di dalam bahasa arab dan lecturer kami juga memberi syarahan dalam bahasa arab. Jadi sebelum masuk ke kelas kami perlu menyiapkan ketahanan mental dan fizikal untuk memahami subject berkenaan.

keempat
madhkal ila fiqhiyyah..dalam bahasa arab juga dan penerangan dalam bahasa arab semestinya. pendek cerita, semua lecturer menggunakan bahasa arab dan sangat sedikit bahasa malaysia yang keluar dari bibir-bibir mereka. Dan subject ini berkenaan sejarah2 berkenaan fiqh.

kelima
quranic dan hadith for science social. well, nampak macam english but..totally arabic!!

keenam
bahasa arab I dan bahasa arab II. Belajar tentang bahasa arab, nahu dan sorof. So nota2 arab spm jangan buang (pengajaran utk diri sendiri).

ketujuh
ICT skill. Untuk lawyer tidak dapat tidak untuk tahu guna komputer..nak cari kes2 dan lain.


well, apa yang best course lawyer di usim ini meskipun sarjana muda mengambil masa lima tahun, ijazah kami termasuk syariah dan sivil law. Tak semua universiti buat begitu..dan hanya USIM sahaja yang melakukannya setakat ini..

jadi, nak jadi lawyer?